Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.
Di Barat pula, ketika meletusnya Perang Crimea 1855, mereka yang tercedera dirawat di dalam hospital yang berkeadaan kotor dan tidak terurus. Apabila Florence Nightingale merawat mangsa perperangan tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital tentera didirikan di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingale, jumlah kematian di hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada 1855 menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik.
Ini adalah buku yang ditulis oleh al-Razi berkenaan kimia (alchemy), kebanyakannya dalam bahasa Parsi:
- Modkhele Taalimi
- Elaleh Ma'aaden
- Isbaate Sanaa'at
- Ketabeh Sang
- Ketabe Tadbir
- Ketabe Aksir
- Ketabe Sharafe Sanaa'at
- Ketabe Tartib, Ketabe Rahat, Buku Mudah
- Ketabe Tadabir
- Ketabe Shavahed
- Ketabe Azmayeshe Zar va Sim (Ujian pada Emas)
- Ketabe Serre Hakimaan
- Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia)
- Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia)
- Buku pertama berkenaan Ujikaji
- Buku kedua berkenaan Ujikaji
- Resaale'ei Be Faan
- Arezooyeh Arezookhah
- Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah
- Ketabe Tabvib
sumber dari: ms.wikipedia.org
No comments:
Post a Comment