Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Friday, 6 September 2013

Ibn Battuta -wikipedia




200


Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325,ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun.
Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.
Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariahsemasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.
Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .
Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.

Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihormati oleh penganut mazhab Syiah.
Terus ke Baghdad dengan kafilah. Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari serangan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.
Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra.
Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul, kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment