- Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
 - Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
 - Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
 - Beliau berasal daripada keturunan Turki.
 - Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
 - Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.
 - Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
 - Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.
 
- Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
 - Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
 - Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun.
 - Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.
 
Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu
-Ibnu Sina-
PENDIDIKAN IBNU SINA
- Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
 - Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
 - Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
 - Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
 - Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
 
- Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
 - Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
 - Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
 - Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.
 - Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan
 
-Penemuan penyakit baru serta puncanya.
-Pengaruh kuman dalam penyakit.
-Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.
-Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
-Penemuan dalam bidang farmasi
-Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
-Ubat bius
-Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
-Mencipta picagari dan lain-lain
sumber dari: azamrussiakita.blogspot.com

No comments:
Post a Comment