Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday, 25 September 2013

Riwayat hidup Ar-Razzi






Dalam bahasa Parsi, Razi membawa erti "dari bandar Ray (juga dieja RAY, REY, atau RAI, Parsi silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Di bandar ini (seperti Ibnu Sina) dia membuat kebanyakan pencapaian hasil kerjanya.

Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas (Baihaqi), pengurup wang (Cf. Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar minatnya dalam muzik kepada alkhemi (cf. ibn Juljul, Sa'id, ibn Khallikan, Usaibi'ah, al-Safadi). Pada usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh) dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. Al-Birflni, Baihaqi dan yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab mengapa dia memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan malam. Gurunya adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf. al-Qifti, Usaibi'ah), seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar 192/808 (meninggal. sekitar. 240/855).

Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu minatnya dalam falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang merupakan anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptures). Menurut Prof.Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy Website): " (...) Al-Razi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya ke Baghdad, apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl (Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan dia dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi),ilmu hisab dan astronomi (...)."

Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab perubatannya al-Tibb al-'Mansuri kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 365/975. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi (sekitar.289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital.

Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan oleh Ibn al-Nadim dalam Fihrist, al-Razi ketika itu adalah Sheikh (gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'. Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga pada akhirnya, apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya sampai kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.

Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya. Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta disebabkan dia makan terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat lagi melihatnya." Bagaimanapun, ini kelihatannya sebagai lelucuan dan bukannya berdasarkan fakta sejarah. Salah seorang penuntutnya dari Tabaristan datang bagi menjaganya, tetapi, menurut al-Biruni, dia enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya telah dekat Beberapa hari kemudian dia meninggal di Rayy, pada 5 Sha'ban 313/27 Oktober 925.


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment