Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 25 September 2013

biografi dan legasi -Ibnu Haitham




Head of a bearded man with bushy eyebrows, wearing a turban.


Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham dilahirkan di Basra, Iraq yang pada masa itu merupakan sebuah wilayah Empayar Buyah.[1] Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi.[18][19] Berkemungkinan besar beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau dididik di Basra (sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, Basra merupakan "kunci kepada permulaan pedidikan"),[20] dan di Baghdad, ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah, yang juga menjadi pusat "kemuncak tamadun Islam".[20] Sewaktu di Iran Buyah, beliau bertugas sebagai pegawai awam dan membaca banyak karya-karya teologi dan sains.[13][21]

Satu kisah kerjayanya menceritakan yang beliau dipanggil ke Mesir oleh pemerintah Kekhalifahan Fatimiyyah, Al-Hakim bi-Amr Allah, untuk mengawal pembanjiran sungai Nil, suatu usaha yang memerlukan pembinaan empangan di tempat terbinanya Empangan Aswan sekarang.[22] Selepas kerja luar menyedarkan beliau akan kemustahilan rancangannya,[14] dan takut akan kemarahan khalifah, beliau pura-pura gila. Ibn al-Haitham dikenakan hukuman penahanan dalam rumah dari tahun 1011 M sehinggalah kematian Khalifah al-Hakim dalam tahun 1021.[23] Dalam waktu penahanan itu, beliau menghasilkan sebuah kitab yang amat berpengaruh, Kitab Optik. Selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menerbit banyak lagi treatis berkaitan fizik ilmu falak dan matematik. Beliau kemudiannya pergi ke Al-Andalus. Dalam waktu ini, beliau terus menerus menjalankan pengajian saintifik termasuk kajian tentang optik, matematik, fizik, perubatan, dan pengembangan kaedah saintifik moden yang berlandaskan ujikaji.

Beberapa periwayat hidup mengatakan Ibn al-Haitham lari ke Syria, kemudian pergi ke Baghdad pada usia tua, atau berada di Basra semasa beliau pura-pura gila. Walau apapun, beliau berada di Kaherah menjelang tahun 1038. Semasa beliau berada di Kaherah, beliau terhubung dengan Universiti Al-Azhar, disamping "Rumah Hikmah"" bandar itu,[24] yang dikenali sebagai Dar al-`Ilm (Rumah Ilmu), yang merupakan perpustakaan "terpenting" selepas Baitul Hikmah di Baghdad.[13]

Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan eksperimen dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali.[25]


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment