Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 1 June 2014

Tidak ada bahagian Masjidil Haram runtuh






TELUK INTAN 30 Mei - Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam tadi.

Sebaliknya, kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.
``Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

``Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial,'' katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Mekah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.




sumber dari: utusan.com.my/

VIDEO SERTA PENCERAHAN INSIDEN JAMBATAN MATAF MEKAH YANG RUNTUH







Pencerahan insiden jambatan runtuh di Mekah malam tadi waktu Malaysia

Assalamualaikum..Kejadian ni pagi tadi selepas solat suboh ketika sibuk untuk pintu kaabah di buka jemaah pun sama nak tengok hingga sesak ...bila kawasan sempit jemaah jatuh ke bawah kawasan pembinaan dan bukannya mataf runtuh.

Bukan jambatan tawaf tapi jambatan yang dibuat oleh kontraktor untuk pembinaan tidak berlaku seperti yang di war2kan CUMA berlaku insiden dimana seorang jemaah umrah telah memanjat melalui kawasan yang bukan laluan masuk untuk ke jambatan yang hanya di khaskan bagi mereka yang menggunakan wheelchair sahaja. Jemaah tersebut berbuat demikian di sebabkan terlalu ingin melihat keadaan di atas kaabah (sekumpulan pekerja sedang membersihkan kawasan tersebut). Jemaah tersebut tergelincir lalu jatuh di atas beberapa jemaah yang sedang berada di bawah dan menyebabkan beberapa orang tercedera dan jemaah yang tergelincir itu di beritakan meninggal dunia. Kejadian berlaku semasa waktu dhuha. Berkenaan jambatan runtuh itu adalah tidak benar sama sekali. Sekian, harap maklum.



sumber dari: idasyuhada.blogspot.com/

Berita Palsu Jambatan Tawaf Di Mekah Runtuh






Khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mengatakan bahawa sebahagian jambatan maataf yang dibina mengelilingi Kaabah runtuh ternyata tidak benar sama sekali.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kejadian rempuhan yang menyebabkan empat jemaah cedera.
Polis Makkah juga menafikan khabar angin yang tersebar di laman media sosial bahawa tiga jemaah terbunuh dalam kejadian itu.

Kejadian rempuhan itu berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah dibuka untuk dibersihkan dan beberapa jemaah cuba menghampiri pintu Kaabah bagi mendapatkan gambaran bahagian dalam Kaabah.
Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan bahawa empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan.



sumber dari: wowberita.org/