Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 1 June 2014

Tidak ada bahagian Masjidil Haram runtuh






TELUK INTAN 30 Mei - Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam tadi.

Sebaliknya, kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.
``Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

``Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial,'' katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Mekah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.




sumber dari: utusan.com.my/

VIDEO SERTA PENCERAHAN INSIDEN JAMBATAN MATAF MEKAH YANG RUNTUH







Pencerahan insiden jambatan runtuh di Mekah malam tadi waktu Malaysia

Assalamualaikum..Kejadian ni pagi tadi selepas solat suboh ketika sibuk untuk pintu kaabah di buka jemaah pun sama nak tengok hingga sesak ...bila kawasan sempit jemaah jatuh ke bawah kawasan pembinaan dan bukannya mataf runtuh.

Bukan jambatan tawaf tapi jambatan yang dibuat oleh kontraktor untuk pembinaan tidak berlaku seperti yang di war2kan CUMA berlaku insiden dimana seorang jemaah umrah telah memanjat melalui kawasan yang bukan laluan masuk untuk ke jambatan yang hanya di khaskan bagi mereka yang menggunakan wheelchair sahaja. Jemaah tersebut berbuat demikian di sebabkan terlalu ingin melihat keadaan di atas kaabah (sekumpulan pekerja sedang membersihkan kawasan tersebut). Jemaah tersebut tergelincir lalu jatuh di atas beberapa jemaah yang sedang berada di bawah dan menyebabkan beberapa orang tercedera dan jemaah yang tergelincir itu di beritakan meninggal dunia. Kejadian berlaku semasa waktu dhuha. Berkenaan jambatan runtuh itu adalah tidak benar sama sekali. Sekian, harap maklum.



sumber dari: idasyuhada.blogspot.com/

Berita Palsu Jambatan Tawaf Di Mekah Runtuh






Khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mengatakan bahawa sebahagian jambatan maataf yang dibina mengelilingi Kaabah runtuh ternyata tidak benar sama sekali.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kejadian rempuhan yang menyebabkan empat jemaah cedera.
Polis Makkah juga menafikan khabar angin yang tersebar di laman media sosial bahawa tiga jemaah terbunuh dalam kejadian itu.

Kejadian rempuhan itu berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah dibuka untuk dibersihkan dan beberapa jemaah cuba menghampiri pintu Kaabah bagi mendapatkan gambaran bahagian dalam Kaabah.
Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan bahawa empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan.



sumber dari: wowberita.org/

Saturday 3 May 2014

Kalimat Terakhir Di Penghujung Nafas







Khalifah ketiga Uthman Bin Affan ra termasuk sepuluh sahabat Rasul SAW yang dijamin masuk syurga. Meskipun demikian, beliau selalu berjaga sepanjang malam untuk beribadah kepada Allah SWT kerana rasa takut yang menyerangnya dan kedahsyatan hari kiamat sekaligus mengharap rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.

Ketika para penghasut menggerakan rakyatnya untuk membunuh dirinya, isterinya berteriak ke arah mereka , "Jika kalian ingin membunuh atau membiarkan dirinya tetap hidup, sungguh dirinya sentiasa menghiasi malamnya dengan solat yang satu rakaatnya mampu mengkhatamkan seluruh Al-Qur'an. "

Ibnu Umar mengisahkan bahawa Uthman menceritakan kepada orang-orang, "Aku berjumpa dengan Rasul SAW semalam dalam mimpi. Beliau bersabda, ' Berbukalah esok bersama kami ! ' " Keesokan paginya, dia berpuasa dan di hari itu pula dia terbunuh.

Diriwiyatkan dari Harun bin Yahya bahawa Uthman ra pernah berkata, saat dia diserang dari belakang dan darah telah membahasi janggutnya, beliau sempat berucap " Laa Ilaha Illallah , Subhanallah . Aku sungguh termasuk golongan orang -orang yang zalim. Ya Allah  aku berharap hidayah dan pertolongan- Mu atas seluruh urusanku dan aku memohon kesabaran atas musibah yang menimpaku . "

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam bahawa Uthman ra berkata, " Ya Allah, persatukanlah umat Muhammad ! " Abdullah berkata , "Demi jiwaku yang berada dalam genggaman- Nya, jika dia berdoa kepada Allah SWT dalam keadaan sedemikian agar umat tidak bersatu selamanya, nescaya mereka tidak akan bersatu selamanya.



sumber dari: detikislam.blogspot.com/

6 Ketakutan Bagi Seseorang Yang Beriman







Kata Saidina Uthman Affan,ada 6 ketakutan bagi seseorang yang beriman ;

1) Takut dicabut iman. Tiada iman confirm akan dimasukkan ke neraka.

2) Takut dengan catatan malaikat Allah yang tidak pernah terlupa sesaat utk menulis segala kelakuan maksiat kita.

3) Takut dengan godaan syaitan yg sentiasa berusaha nak bawa org beriman ke neraka.

4) Takut datang malaikat maut kita dalam keadaan lalai dengan maksiat dan hanyut dengan pangkat dan kekayaan.

5) Takut cintakan dunia yang melampaui sehngga melupakan akhirat.

6) Takut dengan orang sekeliling seperti kaum keluarga atau sahabat handai yang akan melalaikan kita dari mengingati Allah.



sumber dari: detikislam.blogspot.com

Thursday 1 May 2014

Sayyidina Umar R.A Menulis Kepada Sungai Nil





Semasa Amru bin Al-As menjadi gabenor orang Islam di negara Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a, beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya sungai Nil yang merupakan sumber bekalan air ke seluruh negara tersebut.

Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti yang merupakan masyarakat peribumi negara tersebut untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk ‘penunggu’ yang bertugas menjaga kepentingan mereka di sungai Nil. 

Kononnya dengan cara itu mereka akan mendapat keberkatan rezeki. Mereka juga percaya bahawa ‘ibadah’ korban menggunakan anak dara yang paling elok yang dipilih di kalangan mereka itu penting supaya penunggu tersebut tidak murka kepada mereka. .

Apabila Amru bin Al-As menjadi pemimpin di situ beliau telah menghentikan perbuatan mungkar tersebut di atas prinsip Islam mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut bagi mengelak kerugian yang lebih besar. Amru bin Al-As memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Sayidina Umar r.a di Madinah.

Baginda memuji tindakan gabenornya menghentikan amalan khurafat itu malah menyokongnya. Di samping itu baginda telah menghantar sepucuk surat lain meminta Amru supaya mencampakkan suratnya itu ke dalam sungai Nil. Apabila Amru menerima surat daripada Sayidina Umar, beliau mendapati ada bersamanya surat yang alamatnya ‘buat’ sungai Nil. Isi kandungannya berbunyi: 

“Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika Allah SWT yang mengalirkanmu maka kami memohon kepada Allah agar mengalirkan kamu semula!”

Dengan karamah Sayidina Umar r.a, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya. Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Sayidina Umar al-Khattab r.a.

PENGAJARAN :
  • - Syaitan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia dengan melakukan amalan yang disangkanya betul.
  • - Manusia yang beribadah dengan taat dan ikhlas kepada Allah akan dikurniakan kelebihan yang dinamakan sebagai karamah seperti yang dikurniakan kepada Sayidina Umar r.a.
  • - Umat Islam wajib kembali kepada Allah memohon rahmatNya dalam segala ujian yang berlaku dalam hidup mereka seperti yang berlaku kepada penduduk Mesir.



sumber dari: telagabiru.net.my/

Wednesday 16 April 2014

Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia







DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia



sumber dari: apesal.com