Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 1 June 2014

Berita Palsu Jambatan Tawaf Di Mekah Runtuh






Khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mengatakan bahawa sebahagian jambatan maataf yang dibina mengelilingi Kaabah runtuh ternyata tidak benar sama sekali.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kejadian rempuhan yang menyebabkan empat jemaah cedera.
Polis Makkah juga menafikan khabar angin yang tersebar di laman media sosial bahawa tiga jemaah terbunuh dalam kejadian itu.

Kejadian rempuhan itu berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah dibuka untuk dibersihkan dan beberapa jemaah cuba menghampiri pintu Kaabah bagi mendapatkan gambaran bahagian dalam Kaabah.
Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan bahawa empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan.



sumber dari: wowberita.org/

No comments:

Post a Comment