Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 25 September 2013

Ibnu Haitham -wikipedia




Ibn al-Haitham (Alhazen)

Tokoh Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham
(Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau [4] Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah). Beliau ialah seorang Muslim,[5] ahli sains Muslim dan polymath yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.[6][7][8][9][10][11], Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.

Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang [optik]], dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.[12]
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.[13] Beliau juga dikenali dengan nama berian Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")[14] atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"[15] di Eropah Zaman Pertengahan.

Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.[14] Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.[16] Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila[1][17]. Akibatnya beliau dikenakan penahanan dalam rumah. Pada waktu dan selepas itulah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah meninggal dunia.[14]

Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment