Professor Hamka pernah menyebut "Ikan disungai lebih sedap dan manis isinya berbanding ikan di kolam" katanya ikan disungai hari-hari menentang arus menjadikan isi mereka lebih sedap, sedangkan ikan di kolam hidup di air tenang menyebabkan isinya tawar dan hanyir. Begitu juga pemuda yang hidup dalam kesenangan buah fikirannya tidak tajam dan bernas....hanya melihat pada sudut-sudut yang terhad tidak melihat suatu permasalahan secara menyeluruh.
Ibnu Khaldun menceritakan pemerhatiannya terhadap pemuda-pemuda; katanya pemuda-pemuda yang lahir dan membesar dalam suasana mewah akan lebih banyak fikirkan tentang kepentingan dirinya dari keperluan orang lain sedangkan pemuda-pemuda yang lahir dan membesar dalam suasana serba kekurangan akan lebih memikirkan kepentingan dan keperluan masyarakatnya.
sumber dari: my.opera.com
No comments:
Post a Comment