Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday, 30 September 2013

Inspirasi kepada kebangkitan Eropah




Image


Di akhir-akhir zaman kegelapan Eropah, boleh dikatakan punca kepada kebangkitan para intelektual Eropah adalah akibat daripada kejayaan mereka menterjemahkan karya-karya & nukilan ilmuan-ilmuan Islam untuk dijadikan sebagai sumber rujukan utama.

Karya-karya ilmiah berbahasa Arab diterjemah semula ke dalam bahasa Latin yang sewaktu itu pusat rujukan terdekat daripada tamadun Islam terletak di Cordova Sepanyol.Antara penterjemah Eropah yang terkenal sewaktu itu termasuk Adelard of Bath yang menterjemahkan buku-buku nukilan Al-Khawarizme dalam bidang matematik, Gerard of Cremona yang telah menterjemah hampir 92 buku-buku arab dan yang paling cemerlang adalah Gundissalines di mana beliau berjaya menterjemahkan beberapa bab dari kitab al-Syifa’ oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa al-Ma’qul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, dan yang terpenting, penterjemahan kitab nukilan Ibnu Rusyd yang membicarakan tentang hak asasi dan pemikiran tajdid sehinggakan lahirnya kelompok-kelompok baru di Eropah ketika itu seperti kumpulan pemikir bebas bukan profesional (a large body of improfessional free-thinkers) yang menafikan keabadian (immortality).Ini sekaligus telah mencetuskan penentangan dan kemurkaan daripada pihak gereja ekoran lahirnya falsafah-falsafah dan pemikiran baru yang menafikan penguasaan fahaman ortodoks gereja.

Kaum wanita pula yang tertekan oleh pelbagai diskriminasi telah mendapat ilham dan semangat baru apabila membaca buku-buku Ibnu Rusyd mengenai wanita dan hak-hak mereka. Kesedaran ini telah menimbulkan gerakan feminisme dan ia dipelopori oleh Dubois di Perancis dan Ockham di England iaitu kira-kira dua abad selepas kematian Ibnu Rusyd.

Menurut para pengkaji pengaruh Ibnu Rusyd setidak-tidaknya terus berpengaruh selama empat abad di Eropah.Banyak lagi cerita yang ingin penulis nukilkan di sini.Cukuplah sekadar bahawa bangsa Eropah bukan sahaja hebat dalam menterjemahkan karya-karya ilmu dari peradaban Islam, tetapi juga mereka berjaya menterjemahkannya dan melaksanakan ilmu itu dengan baik sekali sehingga ke hari ini. Penubuhan institusi-institusi ilmu seperti  Universiti Neples, Bologna, Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi zaman gelap, menuju ke zaman Renaissance (Kebangkitan). Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.


sumber dari: gerakanmahasiswapantaitimur.wordpress.com

No comments:

Post a Comment