Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday, 8 September 2013

Penjelajahan Islam






Aktiviti penjelajahan juga bukanlah asing bagi orang Arab. Semenanjung Tanah Arab terletak di sekitar tiga perairan, Teluk Parsi di timur, Lautan Hindi di selatan dan Laut Merah di barat. Dalam catatan penulisan pada abad pertama dan kedua Masihi negara Arab disebut sebagai Jazirah al-Arab dan persempadanannya jelas ditandai dengan laut.

Dalam sejarah Arab yang samar-samar, orang Arab menunjukkan penglibatan dengan perniagaan maritim. Hampir 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa (as), karavan yang membawa Nabi Yusuf (as) dari Parsi ke Mesir juga membawa pedagang-pedagang Arab. Saudagar-saudagar Arab daripada zaman yang tidak dicatatkan sibuk menguruskan perniagaan melalui darat dan laut dengan negara-negara jiran.26 Orang Arab memang aktif berdagang sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka berkongsi perdagangan di Laut Merah yang semakin bertambah setelah kejatuhan kuasa Rome pada abad ke 4 M dan kemudian menguasai Laluan Rempah di Teluk Parsi. Orang Arab belajar kemahiran pelayaran melalui orang Sasanian yang berulang alik ke selatan China. Orang Arab kemudiannya menjelajah sendiri ke Asia untuk berdagang.27 Dengan ini, aktiviti penjelajahan orang Arab semakin meluas.

Bangsa Arab Yaman pula mempunyai hubungan perdagangan dengan India dan di pantai Afrika Timur sebelum kedatangan Islam selama berabad-abad lamanya. Setelah kedatangan Islam, para pedagang ini merupakan satu daripada penyampai untuk membawa agama baru itu ke kawasan dagang mereka. Oleh itu pada abad ke 8 M, Islam didapati bertapak kukuh di Sarandib, Ceylon dan Ethiopia (timur Afrika).

Pada tahun 758 M, bangsa Arab dan Parsi telah sampai di Canton, China. Berbekalkan matlamat untuk menyebarkan Islam dan seterusnya memperkukuhkan wilayah Islam, pada zaman Bani Umayyah banyak kegiatan penjajahan dan penaklukan dilakukan sehingga ke Eropah (Andalus) dan negeri China. Oleh itu kegiatan perdagangan seterusnya penjelajahan dan pelayaran berkembang pesat dalam wilayah Islam.28 Kedatangan Islam juga telah menyebabkan orang Arab sangat berminat untuk menjelajah untuk menyebarkan dakwah Islam selain untuk mengetahui bahagian dunia lain. Kemajuan ilmu geografi dan astronomi yang dicapai oleh para intelektual Islam memudah dan menambahkan minat orang Arab untuk mengembara. Kebolehan orang Arab ini banyak memberi faedah kepada pelayar Eropah untuk membantu mereka dalam aktiviti pelayaran. Akademi Putera Henry juga dibantu oleh orang Arab.

Vasco da Gama juga menggunakan khidmat jurupandu Arab Islam untuk belayar dari Malindi ke India.29 Kecemerlangan pelayaran dan penjelajahan orang Arab ini melahirkan beberapa tokoh pelayaran yang terkenal seperti al-Idrisi, Ibn Battutah dan Sulayman al-Mahri.


sumber dari: maruwiah.com

No comments:

Post a Comment