Kisah ini merupakan sebuah pengembaraan agung yang ajaib. Bukan seperti kisah Ibnu Batutah yang mendapat kritikan daripada para ilmuan Islam. Kerana ada dalam catatan kisah pelayaran tersebut yang direka-reka. Malah kisah pengembaraan ini bukanlah seperti kisah Pelayaran Munshi Abdullah, seorang bangsa Melayu yang menjalani pelayaran sekitar Gugusan Nusantara.
Ibnu Khaldun dalam Mukaddimahnya banyak mempertikaikan catatan dalam Rihlah Ibnu Batutah yang dikatakan sebagai sebuah cerita yang tidak masuk akal dan merepek. Seperti kisah Maharaja India yang menyediakan simpanan bekalan makanan kepada seluruh rakyatnya untuk enam bulan setiap kali baginda keluar negeri. Juga kisah sebuah negara yang para wanitanya hanya memiliki sebuah payudara.
Keraguan Ibnu Khaldun ini dijawab oleh Ibnu Hajar Asqalani, ulama’ agung Islam dalam catatan biografi Ibnu Batutah dalam kitabnya Durarul Kaminah. Beliau mengatakan bahawa kisah pelayaran tersebut bukanlah ditulis oleh Ibnu Batutah sendiri sebaliknya dikarang oleh seorang pendusta: “Aku telah membaca tulisan Ibnu Marzuq, : Sesungguhnya Abu Abdillah bin Jizy Al Kalbi yang menulis dan mengeditnya atas perintah Sultan Abi Annan, sedangkan Imam Al Balfiqi menuduh (Abu Abdillah) sebagai pendusta.”
sumber dari: ilmuanmalaysia.com
No comments:
Post a Comment