Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 9 June 2013

Ulangtahun Jenayah pemusnahan Warisan Kesucian Islam



Perutusan Ayatullah Lutfullah Sofi Gulpaigani sempena hari Baqi


















Perutusan Ayatullah Lutfullah Sofi Gulpaigani 


بسم الله الرّحمن الرّحيم

قال الله تعالي: وَ ذَكِّرهُم بِأيّام اللهِ

Baqi' sebagai permakaman di kawasan Madinah al-tayyibah menjadi konservasi tinggalan penting sejarah awal Islam dan pernah dilestarikan selama kira-kira empat belas kurun hijrah sentiasa membawa kenang-kenangan hari kebesaran; yang mana setiap hari kebesaran itu sangat penting sebagai bukti sejarah apabila Islam diperkenalkan dan Rasulullah (s.a.w) diutuskan oleh Allah (s.w.t). Pemeliharaan tinggalan-tinggalan ini merupakan pemeliharaan dasar dakwah kepada tauhid dan al-Quranul Karim.

Tinggalan-tinggalan ini dan kesan sejarah lain yang terdapat di Haramain sentiasa ada keagungan, kesucian dan menjadi penghormatan di kalangan umat Islam. Orang ramai melihat padanya ada sirah nabawiah, perjuangan Nabi, operasi ketenteraan baginda bersama Ahlul Bait dan para sahabat. 

Setiap tempat dari kedua-dua haram ini menambahkan wawasan dan keimanan. Kewujudan Nabi (s.a.w), kesan dan persekitaran kewujudannya, keluarga baginda, (datuk baginda) Abdul Mutallib, Abu Talib (bapa saudara baginda), Fatimah binti Asad (isteri Abu Talib), para isterinya di Madinah, isteri kesayangan Khadijah , cucu pertamanya, cicitnya, Hamzah (bapa saudara) adalah bahagian yang sangat penting dalam sejarah Islam. Begitu juga operasi ketenteraan, para pegawai, masjid-masjid, tempat kelahiran baginda, gunung bersejarah terletaknya gua hira (markaz bi'thah dan bermulanya dakwah), rumah Ummu Hani (tempat bermulanya Mi'raj), dan berpuluh-puluh lagi tempat suci; semua sejarah tempat-tempat ini memperkenalkan agama al-Hanif. Selain itu, Ka'abah dan Masjid al-Nabawi juga mempunyai identiti paling tinggi dengan adanya tempat-tempat ini.

Namun malang sekali kebanyakan permandangan dan makam-makam ini telah dimusnahkan. Kerugian yang ditanggung oleh sejarah Islam akibat pemusnahan bukti-bukti bersejarah ini tidak dapat diganti rugi dan modal sokongan sejarah Islam telah dihancurkan. 

Dunia hari ini menunjukkan kerajaan serta rakyatnya cuba menjaga budaya silam dan warisan kebanggaan mereka, jikalau warisan-warisan ini musnah maka nama mereka akan berubah. Tidak satu pun umat dan individu yang sedar menyelewengkan sejarah sendiri seperti ini.

Al-Qur'an membesarkan, memuliakan dan memperkenalkan makam nabi Ibrahim dengan adanya ayat mengenai 'bayt' serta 'maqām Ibrahim' sebagai sebuah penghormatan (al-Imran, 96-97).

Haramain al-Sharif mempunyai makam-makam yang kebanyakannya bersangkut paut dengan penutup para nabi iaitu Muhammad (s.a.w). Sepatutnya makam-makam mulia yang berkaitan dengan Muhamamd ini dilestarikan sepanjang zaman dan dimasyhurkan sama seperti makam nabi Ibrahim di Makkah.

Nama nabi Muhammad, risalah ketauhidannya dan kedudukan-kedudukan baginda perlu dipelihara sebagaimana penjagaaan nama Ibrahim dan tauhid yang dibawa oleh beliau di Haramain al-Sharif. Oleh kerana ada pencegahan memusnahkan makam nabi Ibrahim, larangan beribadat dan solat di dalam makam kerana syirik, maka seperti itu juga tidak diizinkan juga sebarang pemujaan dan pemuliaan makam-makam Muhammadi.

Meskipun tempat suci Makkah dan Madinah mempunyai nama yang lain, namun semua itu adalah tempat nabi pembawa Islam serta kegemilangan baginda. Semuanya adalah tempat sempurnyanya dakwah ke arah tauhid, sejarah agama tauhid, akidah tauhid, pesanan tauhid dan penguat kalimat tauhid.

Seluruh umat Islam hendaklah mengetahui makam-makam Islam dan tidak membiarkan sokongan besar sejarah Islam usang dan ditinggalkan.

Hari ke-lapan Syawal merupakan hari bermulanya pemusnahan Baqi' dan seluruh pusara suci Ahlul Bait dihancurkan, sekaligus identiti Islam juga turut diserang. Oleh itu seluruh umat Islam terutama sekali Syiah dan Sunni, serta berbagai mazhab yang lain hendaklah mengecam jenayah mereka di hari ini. Semua orang hendaklah memperbaharui perjanjian untuk membangunkan semula permandangan dan menghidupkan kembali pohon Islam.

وَلاحول وَلا قوّهَ إلا بالله العليِّ العظيم
Syawal 1433
Lufullah Sofi


sumber dari: kamilzuhairi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment