Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 19 June 2013

Nasihat Imam Malik






Sebelum wafat Imam Malik r.a  telah menitipkan beberapa pesanan atau nasihat yang sangat perlu diberi perhatian oleh sekalian mukmin bagi tujuan untuk mengukuhkan kefahaman serta mengamalkan Islam yang sempurna. Berikut adalah antara nasihat-nasihat beliau:

  1. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.
  2. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang taqwa dan khusyuk.
  3. Apabila seseorang itu Zahid ( tidak tamakkan dunia ) Allah akan memberikan nikmat kepadanya.
  4. Sesiapa yang hendak menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.
  5. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara,maka ambillah yang lebih meyakinkan.
  6. Perumpamaan orang munafik itu ketika berada di dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar.
  7. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.
  8. Menurut apa yang diketahui ulama akan ditanya diakhirat kelak sebagaimana ditanya kepada Nabi.
  9. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya dalam satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara tersebut.
  10. Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia bersifat warak,bersikap tenang dan bertaqwa.
  11.  Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya akan menjadikan ilmu itu hina.
  12. Allah tidak kasih kepada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.
  13. Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara,kamu perlu halusi dan teliti dahulu pandangan kamu dengan pendapat orang lain kerana penelitian itu akan menghapuskan fikiran sempit seperti api yang menghilangkan kotoran emas.
  14.  Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannya maka kurangkanlah percakapannya.
  15. Zahid kepada dunia adalah mencari keuntungan dengan memendekkan cita-cita.
  16.  Seseorang itu tidak akan menjadi baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipannya.Apabila dia bersikap demikian akan terbuka mata hatinya kepada Allah.
WalLahua’lam….


sumber dari: ilmu2u.com

No comments:

Post a Comment