Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 19 June 2013

Sejarah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam






1.       Zaman Rasulallah SAW

Zaman ini adalah zaman pertumbuhan dan zaman perletakan asas perundangan Islam. Perlaksanaan undang-undang pada zaman Rasulallah SAW adalah hasil daripada wahyu Allah SWT secara langsung yang diturunkan kepada Rasulalllah SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Oleh yang demikian, zaman Rasulallah SAW merupakan zaman perundangan yang lengkap

Perlaksanaan undang-undang jenayah Islam pada zaman Rasulallah SAW dikuatkuasa dan dijalankan oleh Rasulallah SAW sendiri. Apabila jenyah berlaku, Rasulallh SAW akan menunggu wahyu dari Allah SWT sebelum dijatuhkan hukuman ke atas penjenayah. Sekiranya tiada wahyu yang diberikan, maka Rasulallah SAW yang akan berijtihad.

Sebagai contoh Anas bin Malik meriwayatkan apabila bapa saudaranya menampar hamba sahaya sehingga tercabut giginya, Rasulallah SAW memerintahkan agar dilaksanakan hukuman qisas terhadap bapa saudaranya itu. Rasulallah SAW sendiri menyatakan bahawa itu adalah sebenarnya hukuman daripada Allah SWT.

2.       Zaman Sahabat
Zaman bermula apabila Rasulallah SAW wafat sehinggalah berakhirnya zaman abad pertama hijrah. Penguatkuasaan undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan baik kerana para sahabat mengambil contoh teladan daripada baginda SAW dalam melaksanakan hukum undang-undang jeanayah Islam. Sebagai contoh, Abu Bakar r.a. memerangi golongan yang enggan membayar zakat kerana keengganan mereka itu bererti mereka telah menolak Islam

3.       Zaman Tabi’in dan Imam Mujtahid
Zaman ini bermula pada awal kedua hijrah hinggalah kurun keempat hijrah. Pada zaman ini, kegiatan penulisan buku berjalan dengan amat aktif sekali. Pada masa ini jualah dibukukan segala hadis, fatwa, tafsir al-Quran, fiqah, usul fiqh dan sebagainya.

Zaman ini dianggap sebagai zaman keemasan dan kemajuan perundangan Islam. Antara faktor zaman perkembangannya adalah seperti berikut :
-          Kerajaan Islam bertambah luas
-          Ahli perundangan dan fatwa menkimati kemudahan yang luas dalam kegiatan perundangan ekoran lambakan sumber yang tersedia
-          Lahir tokoh perundangan Islam yang hebat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahamd bin Hanbal


sumber dari: madahannan.wordpress.com

No comments:

Post a Comment