Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 9 June 2013

Rompakan kedua oleh puak Wahabi





Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55 buah masjid dan makam suci. 
Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinidng putih, menara emas tinggi lampai dan padang hijau. Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pada tahun 1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka. 
Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis: “Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok yang tiada dua mayat di perdunya.” 1925 Madinah tersungkur kepada serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang tinggal adalah Makam Rasulullah (s.a.w.). Ibnu Jabhan telah berkata: “Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji.  Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Bukit Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.
Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma’la di Mekah dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Semenjak itu hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam. Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan dan mempunyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini untuk raja Saudi, dipelihara dengan berjuta dolar mahalnya.
1926, bantahan dilangsungkan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:
1.      Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahir nabi Muhammad (saw), permakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi (Madinah).
2.      Jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah fatihah untuk makam-makam tersebut.
3.      Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasul dan Sahabat.
4.      Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.
5.      Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan Wahabi.
6.      Jenayah membunuh keturunan Sayid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.
7.      Jenayah menghancurkan permakaman para Imam Syiah dan pengikut mazhab Syiah di Baqi.
Bantahan dari negara-negara lain:
Keseluruhannya bantahan umat Islam dilangsungkan oleh umat Islam di Iran, Iraq, Mesir, Indonesia dan Turki. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Israel untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat 
Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah mereka sendiri.
Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.
1.      Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (saw), makam Aminah bunda Rasulullah (saw), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (saw).
2.      Permakaman Hawa di Jeddah.
3.      Permakaman bapa Rasulullah (saw) di Madinah.
4.      Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad Rasulullah (saw).
5.      Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
6.      Masjid Raj’at ash-sham di Madinah.
7.      Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah dari Mekah.
8.      Rumah Imam Jaafar As-Sadiq di Madinah.
9.      Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
10.  Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saiyyidina Hasan dan Husein.
11.  Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.


sumber dari: kamilzuhairi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment