Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 3 June 2013

Pernikahan Saydidina Ali r.a dengan Siti Fatimah





Fatimah adalah puteri Rasulullah s.a.w. Rasulullah sangat sayang kepadanya, kerana di samping seorang wanita yang zuhud dari kehidupan duniawi ia juga seorang ibu daripada Hasan dan Husin yang merupakan buah hati Rasulullah s.a.w.

Fatimah memiliki beberapa nama iaitu Al-Batuul, Az-Zahra, Ath-Thahirah, Al-Muthahharah dan Fatimah. Ketika usia Fatimah telah meningkat dewasa, maka Rasulullah merasa sedih melihatnya. Baginda merasa hiba kerana Fatimah tidak lagi mempunyai ibu yang dapat menguruskan tentang perkahwinannya.

Setelah itu turunlah Jibril a.s dan ia berkata, Wahai Muhammad s.a.w, Allah memberi salam kepadamu dan berfirman. "Janganlah engkau berduka dan bersedih hati kerana Fatimah, sebab Aku lebih mencintainya dibanding kecintaanmu kepadanya, maka serahkanlah urusan perkahwinannya kepadaKu. Aku akan mengahwinkannya dengan orang yang juga Aku cintai." Lalu Rasulullah bersujud, sebagai bukti tanda bersyukur terhadap Allah s.w.t.

Kemudian turunlah Jibril, Mikail, Israfil, Izrail setiap malaikat itu membawa tempat yang tertutup, dan setiap malaikat diiringi seribu malaikat. Mereka meletakkan tempat-tempat itu di hadapan Rasulullah s.a.w, kemudian Rasulullah bertanya."Apakah yang engkau bawa ini wahai Jibril?." Jibril menjawab. "Allah s.w.t berfirman. "Sesungguhnya Aku telah menikahkan Fatimah dengan Ali bin Abi Thalib, dan ini adalah pakaian Syurga dan buah-buahan, Aku pakaikan ia dengan pakaian ini. "Kemudian rasulullah sujud dan berkata. "Wahai Jibril, sesungguhnya Fatimah redha, aku lebih suka seandainya hadiah-hadiah tersebut diberikan di akhirat sahaja, tidak di dunia ini."

Rasulullah bertanya."Wahai Jibril, bagaimana halnya dengan perkahwinan fatimah di langit tersebut? Jibril menjawab, Wahai Muhammad, bahawasanya Allah s.w.t memerintahkan agar pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Kemudian Allah menghias arasy, Kursi, pokok thuba dan Sidrattul Muntaha. Lalu Allah memerintahkan pelayan=pelayan Syurga mendirikan khemah-khemah di setiap istana, dan tiap-tiap kamar didirikan singgahsana, kemudian mereka duduk pada jamuan pengantin Fatimah.

Allah memerintahkan pula kepada malaikat Muqarrabin, Ruhaniyyin, Karubiyyin untuk berkumpul di bawah pokok thuba. Kemudian Allah mendatangkan angin nyaman di dalam syurga tersebut. Maka berguguranlah buah-buahan alkafor, misik dan anbar ke atas para malaikat. Kemudian Allah menyuruh kepada burung-burung di syurga agar bernyanyi, maka bernyanyilah burung itu, sedangkan para bidadari menaburkan perhiasan dan permata ke atas mereka.

Setelah itu Allah s.w.t berkhutbah, memuji diriNya dan berfirman. "Sesungguhnya Aku telah mengahwinkan maha ratu seluruh wanita dengan Ali bin Abi Thalib, Dan Allah berkata kepada Jibril, "Wahai Jibril engkaulah sebagai wakil Ali bin Abi Thalib dan Aku sebagai wakil RasulKu Muhammad." Allah mengahwinkannya, dan aku menerimanya, sebagai wakil daripada Ali bin Abi Thalib. Itulah aqad nikahnya yang terjadi di langit. Maka laksanakanlah pernikahannya kembali dibumi."

Maka pernikahan di bumi dilaksana. Dengan izin Allah jua. Sayyidina Ali pun melamar sebaik-baik wanita di alam semesta, saya berikan mahar sebanyak empat ratus dirham dengan tunai, apakah baginda Rasulullah kahwinkan saya dengannya wahai Rasul Al-Amin.?

Maka menjawablah Rasulullah."Aku kahwinkan Fatimah denganmu wahai Ali, dan Allah pun mengahwinkanmu, meredhaimu dan memilihmu." Sayyidina Ali menjawab, "Saya terima dari Allah s.w.t. dan daripadamu wahai Rasulullah s.a.w."

Ketika Siti Fatimah mendengar bahawa maskahwinnya adalah dirham, ia lalu berkata ,"Wahai ayahandaku, bahawasanya semua anak permpuan orang-orang lain memakai mas kahwin dengan dirham dan dinar, maka apakah bezanya antara orang-orang lain itu denganmu? Aku meminta agar maskahwinku berupa syafaat bagi orang-orang yang maksiat di antara umatmu."

Kemudian turunlah Jibril a.s. ketika itu juga, sambil mwmbawa sutera yang tertulis. "Allah menjadikan mas kahwin Siti Fatimah puteri Muhammad s.a.w berupa syafaat bagi orang-orang yang berdosa di antara umatnya.


sumber dari: arangkadir.blogspot.com

No comments:

Post a Comment