Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 3 June 2013

Baginda memakai serban






Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang).
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)

Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.

Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)

Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kearah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.

Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S.
(Ibid)

Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)

Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanyakkan para Malaikat berserban”.

Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.

Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya dengan cara di mana satu ekor serbannya berjuntai di belakang dan satu lagi di depan.

Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.

Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.

Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang.
(Abu Daud m.s. 564)

Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang.
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)

Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan).
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)

Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)

Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)


******************************************************************************

Semoga aku sendiri dapat amalkan dan sampaikan...

Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Allah (sahaja yang mempunyai daya dan upaya).


sumber dari: azharjaafar313.blogspot.com

No comments:

Post a Comment