Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 12 June 2013

di belakang orang yang hebat, pasti ada guru yang hebat





IMG_0159
Makam guru Imam as-Syafie 


Hijau menjadi lambang Islam apabila kubah Nabi saw diwarnakan dengan warna hijau sejak awal lagi.

Berbalik pada Imam Waqi’. Beliau adalah guru kepada Imam as-Syafie. Imam as-Syafie adalah  ulama hebat yang menyusun ilmu memahami fiqh dan usul fiqh.

Satu teori hebat ialah, di belakang orang yang hebat, pasti ada guru yang hebat. Begitu juga dengan Imam as-Syafie ini. Di belakang Imam Syafie, terdapat imam Waqi’. Beliau sering berpesan dan membimbing Imam as-Syafie mengenai adab ilmu dan mengajarkan kepada Imam as-Syafie mengenai persoalan hidup.
Satu ketika Imam as-Syafie merasa agak susah menghafal sedangkan beliau terkenal dengan orang yang kuat ingatannya.

Imam Syafie bertemu dengan gurunya ini dan mengadu pada Imam Waqi’.

Imam Syafie berkata di dalam Syairnya:-

“Aku mengadu pada guruku Waqi, mengenai susahnya menghafal. Beliau memperingatkanku agar membersihkan diri dari maksiat, kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang Allah berikan. Dan cahaya itu tidak akan diberikan kepada orang yang ahli maksiat”

Seorang guru, akan sentiasa memberi tunjuk ajar pada muridnya. Sebab itulah, para guru tidak boleh berputus asa di dalam mendidik.

Dan ingatlah, ada kalanya, kita menegur seseorang bukan untuk dia merubah sikapnya kala ini, adakalanya, kita menegur dan teguran itu hanya akan berguna ketika seorang guru itu telah tiada.

Alangkah beruntungnya seorang guru, jika nasihatnya memberi perubahaan pada hidup seseorang. Selagi mana orang yang ditegurnya itu membuat kebajikan, selagi itulah pahalanya akan mengalir kepadanya.
Nabi saw telah bersabda:-

“Jika mati seseorang kamu, terputuslah amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan”

Jadilah seorang guru, paling kurang untuk anak dan isteri sendiri, sekalipun anak dan Isteri kita begitu memeningkan kita, insyaAllah, kala kita tiada, mereka akan mengingati apa yang kita sampaikan, dan kala dia berubah, kala itulah  kita mendapat kelebihan membuat amalan yang kekal pahalanya.


sumber dari: ustazamin.com

No comments:

Post a Comment