Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 12 June 2013

10 pesanan Imam Syafie





10 pesanan Imam Syafie:
  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat
  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada meyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia
  • Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun
  • Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu bersyukurlah, kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur
  • Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan malaikat dan dicintai Allah
  • Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya
  • Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah saw juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi  dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat
  • Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjamg hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan kepada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu
  • Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis
  • Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.


sumber dari: blog.upsi.edu.my

No comments:

Post a Comment