Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Friday 21 June 2013

Benarkah Ada Ancaman Jika Berkata-kata Ketika Azan?



" Jangan Baring ketika Azan, nanti Jenazah kita Berat. Jangan Bercakap ketika Azan, nanti kita tak dapat Mengucap ketika hendak Meninggal Dunia"


azan+%281%29.jpg (500×334)


Dakwaan itu tidak benar. Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’ hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :


أنهم كانوا في زمان عمر بن الخطاب يُصَلُّون يوم الجمعة حتى يخرج عمر
، فإذا خرج عمر وجلس على المنبر وأذن المؤذنون قال ثعلبة جلسنا نتحدث . فإذا سكت المؤذنون
وقام عمر يخطب أنصتنا فلم يتكلم منا أحد

Maksudnya lebih kurang: “Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak ada seorangpun daripada kami yang berbicara.” (Muwata’ Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)

Hadith ini bertentangan dari apa yang didakwa di dlm email yang dihantar oleh kawan saudara. Hadith ini menunjukkan para sahabat ada yang berkata-kata ketika azan dilaungkan, dan mereka diam hanya apabila khutbah dimulakan. Jika berkata-kata ketika azan ada ancaman yang berat, sudah tentu para sahabat tidak akan melakukannya

Selain itu, Para ulama berbeza pendapat tentang hukum menjawab azan. Pendapat yang lebih benar adalah pendapat Jumhur (Kebanyakan) Ulama yang mengatakan hukum menjawab azan adalah sunat, inilah pendapat al-Malikiyyah, al-Syafieyyah dan al-Hanabilah.

al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’:

“Mazhab kami (al-Syafie) berpendapat menjawab azan adalah sunnah bukannya wajib, inilah pendapat Jumhur Ulama.” (al-Majmu, jld 3/127)

Jika benar terdapat larangan yang keras dari berbicara ketika azan sudah tentu tidak wujud perbezaan pendapat ini

wallahu a’lam.





sumber dari: www.rc.my

No comments:

Post a Comment