Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 17 June 2013

Mendamba hakim yang adil






Suatu ketika Khalifah Ali bin Abi Talib bertengkar dengan seorang yahudi. Ali yakin baju besi yang dipakai oleh orang yahudi tu miliknya. Namun si yahudi tu menafikan kenyataan Ali dan menyatakan bahawa baju besi tu kepuyaannya. Pertengkaran terus meruncing sehingga kedua-duanya bersepakat untuk menghadapkannya kepada hakim.
Ali dan yahudi bersetuju untuk bertemu dengan seorang yang tinggi ilmunya dan mereka yakin orang akan memberi keputusan yang adil terhadap perbalahan yang mereka hadapi. Lalu mereka bertemu dengan seorang hakim yang bernama Syuraih. Lalu Syuraih menanya kepada Ali, “Apa yang engkau kehendaki wahai Ali?”
“Baju besi aku hilang. Kemudian diambil oleh yahudi ni.” Terang Ali.
“Apakah yang diucapkan Ali itu benar?” tanya Syuraih kepada yahudi tersebut.
“Tidak, ini benar-benar baju besiku dan sekarang berada di tanganku!” jawab yahudi tu.
“Saudara Ali, sebagai orang yang menuntut, kamu harus mendatangkan 2 orang saksi untuk menjadi bukti.”  Pinta Syuraih.
Ali segera mendatangkan 2 orang saksi sebagai bukti, iaitu pembantunya, Qanbar dan puteranya, Hasan bin Ali. Qadhi Syuraih menerima kesaksian Qanbar dan menolak kesaksian Hasan bin Ali.
“Kesaksian Qanbar aku benarkan, tapi kesaksian Hasan tidak boleh diterima, kerana dia adalah putera kau!” ujar Syuraih.
“Tetapi tidak pernahkah tuan hakim pernah mendengar bahawa Umar ibn Khattab pernah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Hasan dan Husain adalah pemimpin pemuda di syurga?”
Dengan suara yang lembut tapi penuh wibawa Syuraih menjawab,
Allahumma na’am. Ya Allah, memang benar.”
“Lalu masihkah tidak dapat diterima kesaksiannya.”
Namun hakim Syuraih masih tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak dapat menerima kesaksian Hasan bin Ali. Kerana Ali tidak dapat mendatangkan seorang lagi saksi, maka hakim Syuraih memutuskan Ali yang kalah. Dengan tegas dia katakan bahawa baju besi itu adalah kepunyaan yahudi itu.
Ali tidak dapat berbicara lagi. Dia tak berdaya melawan peraturan dan undang-undang. Dia terima keputusan hakim itu dengan senang hati. Dia menyedari bahawa dia tidak dapat menghadirkan saksi untuk menyokong hujahnya. Lalu sambil tersenyum dia berkata kepada Syuraih, “Sahabatku Syuraih, engkau sungguh benar. Aku tidak mempunyai bukti.”
Yahudi tersebut terkejut dengan tindakan Ali dan  tak percaya bahawa Ali mengalah dengan begitu je. Dia hairan melihat seorang khalifah mahu tunduk terhadap peraturan dan undang-undang.
Akhir sekali yahudi itu mengaku bahawa baju besi tersebut benar-benar kepunyaan Ali. Dia mengambilnya waktu baju besi ini jatuh dari unta Ali ketika dia hendak pergi ke medan Siffin. Selanjutnya, yahudi itupun mengucapkan dua kalimah syahadah. Selepas mendengar yahudi itu membaca syahadah, dengan segera Ali menyatakan, “Kalau begitu, baju besi itu ku hadiahkan kepadamu.” Selain itu, orang yahudi itu juga dihadiahkan 900 dirham wang.
Kes baju besi di atas mengandungi pengajaran yang semestinya kita teladani. Pertama, keberanian Qadhi Syuraih menjatuhkan hukuman tegas dan adil. Meski yang terdakwa adalah seorang khalifah yang kedudukannya lebih tinggi daripada presiden, kerana bukti menunjukkan dia kalah, maka harus diputuskan salah.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, tentu aku sendiri akan potong tangannya.”
HR Bukhari
Dalam konteks sekarang, hakim seperti itu sungguh susah dicari. Kenyataan yang ada sebaliknya. Pencuri ayam dipenjara, sedangkan perompak wang Negara dibiarkan bebas. Banyak sudah contoh kes hukum di negara ini. Meski pengadilan sudah memutuskannya bersalah, tapi kerana yang bersangkutan adalah orang yang berpengaruh di negara ini, maka kesnya tetap kabur, dan tidak mustahil bebas daripada jerat hukuman. 

Hakim yang semestinya dituntut ketegasannya bimbang mengambil keputusan. Akibatnya, berbagai-bagai dugaan merebak. Kebimbangan hakim memutuskan perkara mengundang kecurigaan adanya ‘permainan’ antara tertuduh dengan hakim. Menyebabkan mereka yang melakukan kesalahan makin berani melakukan kesalahan yang lebih besar kerana pihak kehakiman tiada keberanian untuk menghalang mereka.
Kedua, berani menerima kekalahan. Inilah yang dilakukan oleh Ali bin Talib. Sekalipun dia yakin dirinya benar - dan kenyataanya memang demikian – tapi keputusan hakim tidak ditolaknya. Dia tidak kalut mempertahankan pendapatnya.


sumber dari: tarikhulbasyar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment