Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Friday 21 June 2013

Taksub Kepada Imam Mazhab




Arabic class


Sikap taklid buta terhadap para imam mazhab secara melampau perlu dihentikan. Ini kerana, semua imam mazhab menjadikan sunnah yang sahih sebagai pegangan utama dan meninggalkan pendapat individu jika menyanggahi sunnah baginda.

Sebahagian pengikut mazhab yang fanatik menolak bulat-bulat pendapat mazhab lain. Seolah-olah, mazhabnya sahaja yang betul. Sedangkan dalam beberapa perkara, mereka sebenarnya mengamalkan pendapat imam lain atas alasan darurat.

Ada riwayat menyebut, Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dan Harun al-Rasyid ingin menjadikan Mazhab Malik dan Kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik sebagai sumber perundangan dan rujukan kerajaan Abbasiyyah.

Tetapi, cadangan ini ditentang oleh Imam Malik sendiri. Alasan beliau ialah kebenaran itu hanya satu, iaitu melalui Rasulullah s.a.w. Pendapat seseorang boleh ditolak apabila bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w
Para salafussoleh bersepakat, wajib berpegang dan kembali kepada al-Quran dan sunnah yang sahih serta meninggalkan setiap pendapat yang menyalahi kedua-duanya. Walaupun ia diutarakan oleh seorang pakar, ulama, tokoh ilmuan atau sarjana. Ini kerana, Rasulullah s.a.w lebih afdal untuk diikuti dan dicontohi berbanding individu yang tidak terlepas daripada salah dan silap.

Jika mendapati sesuatu yang bertentangan dengan amalan harian masyarakat kita di dalam sesebuah pendapat yang diutarakan, maka janganlah terus membuat kesimpulan yang singkat, lalu mentohmah sesuatu pendapat yang mungkin baru di mata kita dengan tuduhan yang tidak benar. Sebaliknya saya mengesyorkan agar kita semua mengkaji dan meneliti semula setiap nukilan dan pendapat yang diutarakan itu. Ini lebih baik agar kita membuat sesuatu kenyataan berdasarkan hujah dan tidak mudah diselewengkan.

Hal ini merupakan satu contoh amalan Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA kepada ajaran Islam yang murni. Sesungguhnya meninggalkan amalan yang dipenuhi sangkaan atau taklid buta adalah suatu yang dituntut oleh syarak.


sumber dari: fiqh-sunnah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment