Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 12 June 2013

Anda dan Perubahan






Menjadi begitu bersemangat sekali setelah menonton beberapa siri rakaman Kuliah Sirah ‘Ala Khutol Habib (Di Atas Jejak Kekasih-betul ke?) oleh Ustaz Amru Khalid.

Kupasan sirah yang tidak pernah aku dengar sebelum ini. Betul-betul membuatkan cinta kepada Rasulullah membuak-buak. Bukan retorik. Tapi kerana aku baru faham mengapa ada sebahagian dari ummat kini, sibuk bermati-matian untuk Islam dan Dakwah. Tanpa mengira cerca dan hina orang. Sebaliknya terus gagah melangkah kerana kefahaman. Aku mencadangkan kepada yang belum tengok, segeralah tengok. Kalau nak buku, ada di kedai buku berhampiran anda.

Baru aku faham mudahnya untuk difahami intipati dakwah Rasulullah. Semua orang boleh faham. Tetapi untuk merealisasikannya, betapa besarnya amal, kesungguhan, dan tenaga yang dicurahkan oleh Rasulullah untuk dakwah ini. Ustaz Mustafa Masyhur pernah menukilkan: “Dakwah kita iman dan amal, ukhuwwah dan persaudaraan”. Mudah dan ringkas. Tapi kata-kata ini menuntut amal yang tidak putus-putus.

Aku nak berkongsi tentang kisah dakwah seorang peribadi yang agung dalam sejarah Islam. Saidina Abu Bakr r.a dalam masa seminggu masuk Islam, telah mengislamkan 6 orang lain (6 daripada 10 orang yang dijanjikan syurga). Padahal waktu itu, baru empat Surah baru turun (Al-’Alaq, Al-Muzammil, Al-Muddatssir, Al-Fatihah). Tapi beliau telah bersama-sama Rasulullah memikul tanggungjawab dakwah. Mencari kabilah-kabilah yang belum mendapat seruan Islam untuk disampaikan kepada mereka. Bersama-sama dengan Rasulullah. Memerah tenaga dan fikiran untuk dakwah. Menapis peribadi-peribadi baik dalam masyarakat untuk menjadi penolong kepada agama Allah ini. Tidak hairanlah iman Saidina Abu Bakr r.a sangat tinggi nilainya. Kerana amal dakwahnya.

Persoalannya, di manakah beza kita dan Saidina Abu Bakr r.a?
Kita sudah Islam berapa tahun?
5, 10, 20 tahun?
Berapa banyak Surah kita sudah baca?
Berapa kali khatam al-Quran?

Tetapi berapa banyak sumbangan kita pada agama ini?
Berapa banyak?
Aku menjadi tergamam bila berfikir. Apalah yang aku sumbangkan?
Solat, Puasa, Zakat? Itu untuk diri sendiri.
Ajak orang kepada kebaikan?
Nasihatkan orang lain perkara salah yang dia lakukan?
Sebarkan kebaikan dalam komuniti pelajar medicine?
Nampaknya kena muhasabah banyak lagi aku ni.

Bezanya kita dan Saidina Abu Bakr r.a, ialah pada ghairahnya kita terhadap Islam, kefahaman kita terhadap dakwah. Para sahabat yang terawal mendapat sedikit sahaja surah dari al-Quran, amalnya berganda-ganda. Kita bila lagi nak menggandakan amal?

Macam mana caranya? Mudah saja. Apa sahaja benda baik yang anda nak lakukan, ajak orang lain sekali. Nampak kesalahan, tegur dan nasihat dengan penuh kasih sayang. Sebarkan segala unsur kebaikan dalam komuniti perubatan kita. InsyaAllah, dengan itu anda membawa perubahan.

Jom sama-sama berdakwah.


sumber dari: hanyagerhana.wordpress.com

No comments:

Post a Comment