Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Thursday 3 October 2013

Kitab Al-Tasrif




Gambaran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Abu al-Qasim Al-Zahrawi.


Treatis perubatan karya al-Zahrawi, Kitab al-Tasrif, memuatkan 30 jilid. Kitab ini disiapkan pada tahun 1000 M dan merangkumi tajuk-tajuk yang luas termasuk sains pergigian dan perbidanan. Maklumat yang terkandung dalam al-Tasrif dikumpulkan sepanjang kerjaya al-Zahrawi selama hampir 50 tahun termasuk segala latihan, pengajaran dan amalan al-Zahrawi sebagai seorang doktor Zaman Pertengahan. Dalam kitab tersebut beliau menulis tentang pentingnya pertalaian positif antara perhubungan doktor dengan pesakit.

Beliau juga menulis dengan nada sayang tentang anak muridnya yang dianggapnya sebagai "anak-anakku". Beliau menitikberatkan penjagaan pesakit tanpa menghiraukan status sosial mereka. Beliau menggalakkan pemerhatian rapi kes-kes individu bagi tujuan membuat diagnosis tepat dan rawatan yang terbaik.

Kitab al-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Al-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Universiti Montpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Campbell di dalam buku History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.

Mahupun tidak diberi penghargaan sewajarnya, al-Tasrif al-Zahrawi memerikan kedua-dua apa yang kemudiannya akan disebut "kaedah Kocher" bagi rawatan bahu terkehel, dan "kedudukan Walcher" dalam bidang obstetrik. Al-Tasrif memerikan bagaimana mahu mengikat pembuluh darah hampir 600 tahun sebelum Ambroise Pare, dan merupakan buku pertama yang tercatat yang merakam beberapa peranti pergigian serta penjelasan tentang sifat kewarisan penyakit hemofilia.[3] Beliau juga merupakan orang yang pertama yang memerikan prosedur pembedahan bagi mengikat arteri temporal untuk mengubati penyakit migrain, juga hampir 600 tahun sebelum Pare merakamkan yang beliau telah mengikat arteri temporalnya sendiri untuk merawat sakit kepala yang mirip pemerian migrain kontemporari.[4] Justeru, al-Zahrawi merupakan orang pertama yang memerikan prosedur pembedahan untuk migrain yang menikmati kebangkitan semual dalam abad ke-21, diketuai seorang pakar bedah Afrika Selatan, Elliot Shevel.


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment