Hajar Aswad adalah batu hitam yang
terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai.
Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga
melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul
dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana
terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia
sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji
mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie
dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar
(Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan
menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan
benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa
disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada
permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu
Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke
Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu
Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama
anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah
itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail
mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai
gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih
merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi
Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai
penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi
dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika
Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat
Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa
batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu
yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim
a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini
kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu
dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh
orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah
disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita
Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan:
“HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah
tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan
barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuhdari
sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta
jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih
bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia
menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah
haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih)
seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun
alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa
menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa
tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan
memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan
bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad
ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang
keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
sumber dari: thered88colony.blogspot.com
No comments:
Post a Comment