Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).
Showing posts with label Saidina Umar Al-Khattab. Show all posts
Showing posts with label Saidina Umar Al-Khattab. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Sayyidina Umar R.A Menulis Kepada Sungai Nil





Semasa Amru bin Al-As menjadi gabenor orang Islam di negara Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a, beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya sungai Nil yang merupakan sumber bekalan air ke seluruh negara tersebut.

Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti yang merupakan masyarakat peribumi negara tersebut untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk ‘penunggu’ yang bertugas menjaga kepentingan mereka di sungai Nil. 

Kononnya dengan cara itu mereka akan mendapat keberkatan rezeki. Mereka juga percaya bahawa ‘ibadah’ korban menggunakan anak dara yang paling elok yang dipilih di kalangan mereka itu penting supaya penunggu tersebut tidak murka kepada mereka. .

Apabila Amru bin Al-As menjadi pemimpin di situ beliau telah menghentikan perbuatan mungkar tersebut di atas prinsip Islam mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut bagi mengelak kerugian yang lebih besar. Amru bin Al-As memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Sayidina Umar r.a di Madinah.

Baginda memuji tindakan gabenornya menghentikan amalan khurafat itu malah menyokongnya. Di samping itu baginda telah menghantar sepucuk surat lain meminta Amru supaya mencampakkan suratnya itu ke dalam sungai Nil. Apabila Amru menerima surat daripada Sayidina Umar, beliau mendapati ada bersamanya surat yang alamatnya ‘buat’ sungai Nil. Isi kandungannya berbunyi: 

“Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika Allah SWT yang mengalirkanmu maka kami memohon kepada Allah agar mengalirkan kamu semula!”

Dengan karamah Sayidina Umar r.a, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya. Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Sayidina Umar al-Khattab r.a.

PENGAJARAN :
  • - Syaitan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia dengan melakukan amalan yang disangkanya betul.
  • - Manusia yang beribadah dengan taat dan ikhlas kepada Allah akan dikurniakan kelebihan yang dinamakan sebagai karamah seperti yang dikurniakan kepada Sayidina Umar r.a.
  • - Umat Islam wajib kembali kepada Allah memohon rahmatNya dalam segala ujian yang berlaku dalam hidup mereka seperti yang berlaku kepada penduduk Mesir.



sumber dari: telagabiru.net.my/

Tuesday, 26 November 2013

Pengangkatan Khalifah




Image


Pengangkatan Khalifah dilakukan oleh ahlul hilli wal ‘aqdi / Ahlu Asy-Syuro. Ada beberapa contoh teknis pengangkatan yang berbeda, yang dilakukan oleh para sahabat.

Pengangkatan Abu Bakar:
Pembai’atan Abu Bakarterkenal dengan peristiwa Saqifah; setelah wafatnya Rasul terdengar kabar bahwa kaum Anshar berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk mengangkat Sa’ad bin Ubadah sebagai Khalifah. Kemudian Umar, Abu Bakar, dan Abu Ubaidah mendatanginya; Abu Bakar menawarkan Umar atau Abu Ubaidah menjadi Khalifah, tetapi mereka malah bersepakat memilih Abu Bakar. Esoknya dilakukan pembaiatan umum oleh kaum muslimin.

Pengangkatan Umar bin Khattab:
Pembaiatan Umar bin Khattabdiawali dengan pengajuan dari Abu Bakar menjelang wafatnya kepada para sahabat, setelah disetujui lalu dibuat surat pengajuan itu dan dibacakan dihadapan kaum muslimin, mereka ditanya kerelaannya.

Pengangkatan Utsman bin Affan:
Pembaiatan Utsman bin Affandiawali dengan pengajuan nama-nama calon Khalifah dari Umar menjelang wafatnya, mereka adalah Ali, Utsman, Abdurrahman, Zubair bin Awwam dan Thalhah bin Ubaidillah. Saat Umar meninggal, Miqdad mengumpulkan enam anggota majelis syuro di rumah Aisyah, Thalhah tidak hadir. Hasilnya, majelis menunjuk Abdurrahman bin Auf menjadi penanggungjawab pemilihan Khalifah; disetujui pula ketentuan bahwa calon tidak boleh ada kaitan kekeluargaan dengan Khalifah. Selama tiga hari tiga malam Abdurrahman menemui para sahabat. Pada hari keempat ia mengumpulkan kaum Muhajirin, Anshar, kubaro, tokoh-tokoh, para sahabat senior, dan para pemimpin prajurit. Mereka diminta pendapatnya tentang Khalifah pengganti Umar, akhirnya disepakati Utsman menjadi Khalifah.

Pengangkatan Ali bin Abu Thalib:
Pembaiatan Ali bin Abu Thalib diawali dengan pencalonan Ali oleh beberapa sahabat Muhajirin dan Anshar. Ali awalnya menolak, tapi mereka terus mendesak. Ali akhirnya mengajak mereka ke masjid untuk memusyawarahkannya kepada kaum muslimin. Ternyata mereka sepakat mengangkat Ali sebagai Khalifah.

Kesimpulannya, bagaimanapun teknisnya, pemilihan pemimpin haruslah disepakati atau dipilih oleh ummat. Oleh karena itu Umar bin Abdul Aziz sempat menolak pencalonan dirinya sebagai Khalifah dengan cara ditunjuk oleh Khalifah sebelumnya (Abdullah Sulaiman) tanpa persetujuan ummat.



sumber dari: bangdani.wordpress.com

Saturday, 16 November 2013

Answer will come on time!





I do not worry about an answer to my supplication, rather I worry about making supplication! 
I know that if I am inspired [by Allah] to supplicate, then the answer will come with it.
—‘Umar ibn al-Khattab radi Allahu ‘anhu -



sumber dari: towardsenlightment.wordpress.com

Tuesday, 20 August 2013

Ucapan Umar r.a Selepas DiLantik Menjadi Khalifah






Abu Bakar r.a meninggal dunia pada malam Selasa 8 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah. Selepas Abu Bakar r.a , Umar r.a menerima jawatan kepemimpinan pada pagi Se1asa dan menyampaikan khutbahnya:

“Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabatsaya (Abu Bakar r.a). Sesiapa yang hadir maka kita akan member khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat,kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua”.

Umar r.a terkenal kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasakan perkara itu, lalu beliau berdoa:

“Ya Allah saya ini sangat keras, lembutkanlah. Saya lemah, berilah kekuatan. Saya bakhil, berikanlah sifat pemurah kepada saya” .

Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya:

“Jangan kamu menyangka saya ini keras seperti saya pada zaman Nabi Muhammad. Ini kerana saya adalah pengawal ke atas beliau dan pada masa Abu Bakar pula saya juga pengawal kepadanya. Sekarang ini saya memimpin dan saya adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran”


sumber dari: aburedza.wordpress.com

tulisan Umar r.a





Khalifah Abu Bakar r.a meninggal pada malam Selasa 8 Jamadilakhir tahun 13 hijarah dan esoknya hari Selasa Umar bin Khattab r.a mengambil alih kepimpinan umat Islam. Umar r.a cedera ditikam Abu Lu’luah pada hari Rabu dan berterusan sehingga beliau meninggal dunia empat hari sebelum akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah.

Sepanjang kepimpinan beliau antara sumbangan besar beliau ialah perluasan wilayah Islam. Prof. Dr. Amin Qudah di dalam Sejarah Khalifah Rasullah[1] menyebut pada zaman Umar r.a, tentera-tentera Islam berperang mengikut tiga kumpulan:

Kumpulan pertama menuju ke Parsi. Kumpulan ini telah mengundang kepada kejatuhan Parsi.
Kumpulan kedua menuju ke Negeri Syam. Kumpulan ini telah menewaskan kerajaan Rom.
Kumpulan ketiga menuju ke Mesir. Mesir ketika itu dibawah kekuasaan Rom telah ditewaskan.
Prof. Dr. Amin Qudah menambah di dalam buku yang sama bahawa rahsia kemenangan ini bermula daripada asas-asas yang kuat, semangat yang besar, politik yang bijak, kebenaran niat serta keimanan yang kuat dan dapat difahami daripada tulisan Umar r.a kepada pemimpin tentera termasuk kepada Saad bin Abi Waqqas. Antara tulisan Umar r.a seperti berikut :

“Sesungguhnya saya menyuruh kamu dan tentera-tentera yang bersama kamu supaya yakin kepada Allah pada setiap masa. Keyakinan kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan bagi melawan musuh dan sebaik-baik strategi dalam peperangan.

Saya menyuruh kamu dan orang yang bersama kamu menjaga diri daripada melakukan maksiat dan berhati-hati pada musuh-musuh kamu. Dosa-dosa tentera lebih diambil waspada daripada menghadapi musuh – musuh. Jika tidak demikian, maka kita tidak mempunyai kekuatan kerana jumlah kita tidak seperti jumlah mereka, kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam kemaksiatan, maka mereka melebihi kita dalam kekuatan, kita tidak menang disebabkan oleh kelebihan kita dan kita tidak mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.

Ketahuilah, kamu semua dibawah penjagaan malaikat­-malaikat Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka malulah kepadanya dan jangan berbuat kemaksiatan kepadaAllah sedangkan kamu berada di jalan Allah. Dan jangan kamu katakan musuh kita lebih buruk daripada kita dan mereka tidak dapat menguasai kita. Banyak kaum yang menguasai mereka yang lebih buruk daripada mereka, seperti kaum yang menguasai bani Israel (yang mengerjakan perkara yang dibenci olehAllah) iaitu orang Majusi (maka mereka mengintai lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku).

Mintalah pertolongan keada Allah terhadap diri kamu sekalian seperti kamu minta kemenangan atas musuh-musuh kamu. Saya mohon kepada Allah supaya selalu memherikan kemudahan kepada kami dan kepada kamu semua”


sumber dari: aburedza.wordpress.com

golongan Syiah menghina peribadi Sahabat Baginda



Baru-baru ini ketika mengajar Kitab Nur al-Dzolam Syarah Manzumah Aqidatil Awwam di Madrasah al-Imam Syafie, saya menjumpai satu kisah menarik yang berlaku di antara Saidina Umar bin Al-Khattab radhiyallahu anhu dan Saidatina Ummu Kulthum radhiyallahu anha binti Saidina Ali karramallahu wajhah. Bila diteliti kembali kisah ini , saya dapati kalau tidak diceritakan dan disampaikan dengan cara yang benar, tentulah pembaca akan menyampaikan dengan cara yang tidak betul. Malah bimbang akan berlaku kurang adab dengan sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang sangat agung ini. Kisah sebegini selalu dimanipulasikan oleh golongan Syiah untuk menghina peribadi Sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang agung ini. Sedangkan hakikat sebenar cerita tersebut langsung tidak mencarik peribadinya malah menunjukkan lagi tingginya peribadi dua sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Kisah ini diriwayatkan juga oleh al-Imam Ibn Saad di dalam Tabaqat Ibn Saad (8/463) dan al-Imam Ibn Asakir di dalam Tarikh Dimasyk (19/483).

Saya akan membuat ulasan disetiap perbahasan cerita ini moga mudah untuk difahami dengan cara yang sebenarnya.

Kisahnya berlaku bilamana Saidina Umar bin Al-Khattab radhiyallahu anhu meminang Saidatina Ummu Kulthum daripada ayahnya Saidina Ali karramallahu wajhah.

(Ulasan Saya : Ramai yang membaca nama Ummu Kulthum dengan sebutan yang salah, bacaan sebenar bagi nama ini bukanlah Ummu Kalthum iaitu dengan baris fathah pada huruf kaf, namun yang sebenar ialah dibacakan dengan baris dhommah pada huruf kaf)

Bilamana Saidina Umar bertemu dengan Saidina Ali maka beliau berkata: “ Wahai Abu al-Hassan kahwinkanlah aku dengan Ummu Kulthum, Sesungguhnya padanya satu kelebihan yang tidak ada pada orang lain”

( Ulasan Saya : Kelebihan Saidatina Ummu Kulthum adalah kerana beliau merupakan cucu Baginda sallallahu alaihi wasallam. Ini bermaksud bukanlah Saidina Umar inginkan kecantikkannya sahaja, namun yang lebih penting ialah punya nasab keturunan yang sangat baik)

Saidina Ali karramallahu wajhah berkata: “ Wahai Amirul Mukminin , Sesungguhnya dia masih kecil”

(Ulasan Saya : Perkataan Saidina Ali karramallahu wajhah ini bukanlah untuk mengatakan bahawa Saidatina Ummu Kulthum ini terlalu kecil, namun ini adalah sebagai kebimbangan Saidani Ali , takut-takut Saidatina Ummu Kulthum tidak dapat menjalankan tanggungjawab utama jika menjadi isteri kepada seorang yang sangat hebat ini. Selepas ini kita akan lihat bagaimana matangnya Saidatina Ummu Kulthum bilamana berhadapan dengan Saidina Umar)

Saidina Ali menambah: “ Baiklah Amirul Mukminin, saya akan hantarkan Ummu Kulthum kepadamu biar kamu melihatnya dahulu, jika kamu berkenan maka aku telah nikahkannya denganmu”

(Ulasan Saya : Nah, ini dalil menunjukkan bahawa Saidina Umar langsung tidak pernah melihat Saidatina Ummu Kulthum, mungkin beliau pernah melihatnya ketika masih terlalu kecil. Ini menolak pandangan golongan Syiah yang melampau-lampau mengatakan bahawa Saidina Umar sering memerhatikan Saidatina Ummu Kulthum.)

Maka Saidina Ali karramallahu wajhah menyuruh agar Saidatina Ummu Kulthum menghantarkan Burdah (kain selempang) kepada Saidina Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu dan menyuruh Saidatina Ummu Kulthum berkata “ Inilah burdah yang diminta oleh Amirul Mukminin daripada ayah saya”

(Ulasan Saya : Perbuatan ini menunjukkan kepada kita bahawa ianya sebagai isyarat daripada Saidina Ali Karramallahu wajhah kepada Saidina Umar, bahawa inilah Ummu Kulthum isteri Amirul Mukminin. Saidina Ali menghantar Saidatina Ummu Kulthum bagi membolehkan Saidina Umar bin al-Khattab menilai adakah Saidatina Ummu Kulthum masih kurang matang atau sebaliknya untuk dijadikan isteri. Maka penilaian Saidina Umar akan menentukan segalanya. Hakikatnya ketika itu Saidatina Ummu Kulthum telah menjadi isteri bagi Saidina Umar.

Melihat bakal Isteri hanyalah Sunnah, bukannya wajib seperti kata sebahagian orang. Malah lebih melucukan sebahagian orang mengkritik kisah yang berlaku di antara Bapa Saidina Abdul Qadir Jailani dan bakal isterinya hanya kerana Sang Suami tidak melihat isterinya terlebih dahulu. Malah dibahaskan oleh al-Imam Mansur al-Hanbali di dalam kitabnya Raudhul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ mukasurat 305, bahawa jika seseorang tersebut redha dengan aib yang terdapat pada Isteri maka tidaklah menjadi masalah malah nikah tersebut adalah sah. Jadi mengapa harus mengkritik malah mentertawakan kisah tersebut?? Sedangkan Hakikatnya , peristiwa itu hanyalah perumpamaan yang diberikan terhadap seorang yang menjaga dirinya daripada sebarang maksiat )

Bilamana Saidatina Ummu Kulthum mengatakan sedemikian, maka Saidina Umar mengatakan bahawa “ Katakan kepada ayahmu bahawa aku redha dengannya”

Pada ketika Saidatina Ummu Kulthum ingin pulang, maka Saidina Umar memegang betisnya lalu menyelaknya. Maka Saidatina Ummu Kulthum terkejut lalu berkata “ Apa yang kamu buat ini?? Kalaulah bukan kerana kamu ini Amirul Mukminin maka sudah lama aku cucuk matamu” Beliau pulang dalam keadaan marah , lalu ditanya kepadanya oleh bapanya yang tercinta “ Mengapa marah-marah?”

Saidatina Ummu Kulthum menjawab “ Ayah telah hantar saya kepada seorang tua yang jahat.”

Saidina Ali karramallahu wajhah menjawab : “ Wahai anakku yang tercinta, Amirul Mukminin adalah suamimu, Janganlah berkata begitu kepadanya”

(Ulasan Saya : Pada kisah inilah ramai golongan Syiah menempelak Saidina Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu kononnya Beliau seorang yang bermata keranjang. Na’uzubillah. Hakikatnya mereka yang tidak memahami Fiqh Islami yang berlaku di antara dua sahabat agung ini. Di dalam peristiwa ini , ketika Saidina Umar menyelak betis Ummu Kulthum beliau adalah merupakan suaminya. Namun perkara ini tidak diketahui oleh Ummu Kulthum.Para ulama membahaskan adakah si ayah wajib meminta izin terlebih dahulu kepada anak daranya untuk dinikahkan dengan seorang lelaki yang dirasakan layak baginya?
Para ulama Hanafiyyah mengatakan bahawa Si ayah wajib untuk meminta izin daripada si anak jika anak perempuannya telah baligh. Manakala ulama Malikiyah dan Syafieyah pula mengatakan bahawa ayah merupakan wali Mujbir yang tidak perlu untuk meminta izin terlebih dahulu , malah boleh mengahwinkannya bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Bagi mazhab Syafie, diletakkan pula syarat, jika si ayah ingin melakukan sedemikian, maka ianya diterima jika tiada permusuhan yang nyata di antara si ayah dan si anak tersebut.
Saidina Ali karramallahu wajhah dan Saidatina Ummu Kulthum tentulah tiada permusuhan diantara mereka, kita sendiri boleh melihat betapa Saidatina Ummu Kulthum benar-benar mentaati perintah bapanya yang tercinta.

Hikmah yang lain disebalik perbuatan Saidina Umar ialah untuk memastikan adakah Saidatina Ummu Kulthum sudah benar-benar matang menilai sesuatu yang baik dan buruk. Perkataan yang dikeluarkan oleh Saidatina Ummu Kulthum semasa mula-mula Saidina Umar memegang betisnya, menunjukkan bahawa beliau telah matang dan sesuai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saidina Umar tidak akan memegang betis seorang perempuan melainkan wanita tersebut adalah orang yang halal baginya.

Jadi berjaga-jagalah bilamana berbicara tentang para sahabat. Adab kita kepada mereka yang dipuji oleh Allah taala di dalam al-Quran ini perlulah dititik beratkan. Jangan menjadi seperti golongan Syiah yang melampau-lampau dan tidak mengetahui cara bagaimana bermuamalah dengan para sahabat.)

Hasil perkahwinan tersebut , mereka dikurniakan dua anak iaitu Saidina Zaid dan Saidatina Ruqayyah.


sumber dari: nazrulnasir.blogspot.com

Sunday, 4 August 2013

tidak bersembunyi-sembunyi berdakwah






"Bukankah kita berada di dalam kebenaran, baik setelah kita mati mahupun selagi kita hidup?" Tanya Saidina Umar Al Khattab.

"Benar wahai Umar!" Ujar Rasulullah saw. "Demi Allah yang nyawa saya berada dalam tanganNya, sesungguhnya sekalian berada di dalam kebenaran, baik setelah mati mahupun selagi anda hidup!"

"Kalau begitu kenapa mesti bersembunyi-sembunyi..? Tanya Umar pula."Demi Zat yang telah mengutuskan tuan dengan kebenaran, tuan seharusnya keluar dan kami juga akan keluar bersama tuan!"


sumber dari: umarfarouq.blogspot.com

Saturday, 3 August 2013

Ketelitian Perlaksanaan Syariah Islam






Semasa pemerintahan Khalifah Umar ra , terjadi satu peristiwa di mana 2 orang budak hamba yang masih muda lagi, telah dituduh mencuri seekor unta milik salah seorang daripada suku Muzaynah yang bernama Hazani. Setelah dihadapkan kepada Khalifah Umar ra, kedua-duanya yang berada dalam keadaan pucat dan kurus ditanya oleh Khalifah.

“Siapa tuan kamu?”

“Hatib bin Abi Balta’ah” Jawab kedua-dua budak itu.

“Bawakan Hatib ke mari!” Perintah Khalifah

Setelah sampainya Hatib bin Abi Balta’ah, Khalifah pun bertanya: “Betulkah kamu majikan mereka ini?”

“Benar wahai Amirul Mukminin.” Jawab Hatib.

“Hampir saja saya tersalah menghukum mereka.” Kata Khalifah Umar ra. “Nasib baiklah, apabila saya ketahui bahawa kamulah yang menyebabkan mereka dalam keadaan kelaparan, dengan itu hukuman itu haruslah diletakkan ke atas diri kamu!” sambung Khalifah Umar.

Setelah itu Khalifah bertanya kepada pemilik unta tersebut: “Hai Hazani, berapakah anggaran harta untamu itu?”

“Empat ratus.” Jawab Hazani.

“Nah, kamu haruslah membayar kepadanya lapan ratus.” Perintah Khalifah kepada Hatib. “Selepas itu barulah kamu boleh bersurai.”
Kepada hamba-hamba budak tadi beliau berkata, “Pergilah kalian berdua dan pastikan kalian tidak mengulanginya lagi.”

Dalam hal seumpama ini, Khalifah selalu berkata, “Pengakuan seseorang terhadap dirinya, tidaklah dapat diterima apabila sewaktu melakukannya itu dia di dalam keadaan lapar, dalam keadaan darurat atau di dalam tahanan.”


sumber dari: umarfarouq.blogspot.com

kerana zakat itu adalah kewajipan





















 Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata Abu Bakar r.a:
   
“Demi Allah! Sesungguhnya aku akan perangi sesiapa yang membezakan antara solat dan zakat, kerana zakat itu adalah kewajipan yang berkenaan dengan harta. Demi Allah! Jika mereka tidak mahu membayar zakat yang pernah dahulu mereka berikan kepada Rasulullah saw, nescaya mereka akan aku perangi kerana itu.”

Berkata Umar r.a: “Demi Allah! Aku telah nampak bahawa Allah telah membukakan hati Abu Bakar untuk berperang, lalu aku mengetahui bahawa itulah yang benar.” 
[Riwayat Bukhari]


sumber dari: umarfarouq.blogspot.com

Friday, 26 July 2013

10 sahabat yang dijanjikan SYURGA..




10 para pencinta Ilahi yang sejati..bahkan dijanjikan syurga yang menanti..subhanaLlah..jom kita kenali sahabat2 Nabi kita yang disayangi..moga menjadi contoh teladan buat kita..insyaAllah.. :)

1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah

Inilah 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Kita (termasuk aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di dunia, orang yang paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi jarang mengambil tahu tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.

Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.

Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.

Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.

Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiutelah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.

Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.

Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.


sumber dari: elya-mujahadah.blogspot.com

Khalifah Islam Saiyidina Umar Al-khatab R.A




Assalamuaalaikum dan salam sejahtera..

Khalifah Islam Saiyidina Umar Al-khatab R.A

Nama sebenar                   : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab

Nama Ibu                         : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.

Gelaran                            : Al-Faruq

Keturunan                        : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)

Tarikh lahir                        : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)

Jawatan                           : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua

Tarikh Lantikan                  : 634M

Tempoh Jawatan               : 10 tahun

Tarikh M/Dunia                  : 23H @ 644M

Umur                               : 63 tahun

Semasa sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.

Sifat Peribadi Umar al-Khattab

Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?"   Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"

Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"

Diriwayatkan oleh  Umar bin Murrah  bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku"

Menurut Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya.

Keislaman Saidina Umar

Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW : "Benar"

Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di BaitulLah   khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Keberanian Umar

Peristiwa  yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani  semasa kafir dan   bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak  Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam

Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

1. Pertama digelar Amirul Mukminin

2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam

3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak

4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah

5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda

6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan

7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan

8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir

9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Umar Dan Al-Quran

Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :

1) Kisah tawanan Badar  - ayat 28 Surah Al-Anfal

2) Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125  Surah Al-Baqarah

3) Ayat Hijab - Ayat 53  Surah Al-Ahzab

4) Ayat tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12   Surah Al-Mukminun

> 5) Ayat tentang arak  -    Ayat 219   Surah Al-Baqarah dan Ayat 43  Surah An-Nisa'

6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84   Surah At-Taubah

7) Kisah orang Munafiq - Ayat 6 Surah Al-Munafiqun

8) Ayat 5  Surah Al-Anfal

9) Ayat 16  Surah An-Nur

10) Ayat tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187  Surah Al-Baqarah

11) Ayat 97  Surah Al-Baqarah

12) Ayat 65  Surah An-Nisa'

13) ayat 13 Surah Al-Waqiah


sumber dari: semangataku.blogspot.com

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB pernah berkata...






Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya Hikmah.

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

Orang yang mencintai Akhirat pasti Dunia juga akan menyertainya.

Siapa yang bersabar ke atas sesuatu ujian, Allah akan sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga yang mana disukainya.

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Siapa yang takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat dan kehendaknya akan ditunaikan.

Wallahu'alam..

"Hadiah yang berharga adalah nasihat yang baik"


sumber dari: tintafarahnur.blogspot.com

Kisah Pernikahan Ali dan Fatimah





Pada suatu hari Abu Bakar Ash Shiddiq r.a., Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah Saw. duduk dalam masjid beliau. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah Saw.
Saat itu beliau bertanya kepada Abu Bakar Ash Shiddiq r.a.: “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?” Abu Bakar Ash Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Imam Ali r.a.

Sewaktu Imam Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar Ash Shiddiq r.a. , dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya, kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak, Abu Bakar Ash Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada beliau untuk dapat mempersunting puteri beliau. Lamaran itu oleh beliau semuanya ditolak. Beliau mengemukakan, bahwa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Imam Ali r.a. berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Imam Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah karena aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawaban Imam Ali yang memelas itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a., Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian, Imam Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasul Allah s.a.w.: “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawaban Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya, tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
“Ummu berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakinya terantuk-antuk. Setelah pintu dibuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib.


Ummu lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud, tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperoleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu, lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah, ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahwa anda telah mengambil aku dari paman anda, Abu Thalib dan bibi anda, Fatimah binti Asad, di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui anda juga. Dan anda, ya Rasul Allah, adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda, Fatimah.

Ya Rasul Allah, apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan dia?”

Wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal maskawin?” .
“Demi Allah”, jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang, “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu,” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawaban Ali bin Abi Thalib, “Engkau tetap membutuhkannya untuk melanjutkan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga butuh untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh karena itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar maskawin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira, sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”


Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para sahabat, Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:
“Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar maskawin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya, Rasul Allah, itu kuterima dengan baik”, jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.


sumber dari: ksatriabertasbih.blogspot.com

kata-kata hikmat






Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Saidina Umar Al-Khattab

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Saidina Usman Ibnu Affan

Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara iaitu sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah,meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan, ketika menyeru kepada kebaikan dan ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah .

Saidina Ali Abu Talib

Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam


sumber dari: balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com

Wednesday, 24 July 2013

Khalid al Walid Dipecat




mecca-construction-drawing


Siapa yang tidak kenal sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar al Khattab r.a yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. Beliau merupakan seorang khalifah yang juga terulung dalam dunia awal Islam. Terdapat suatu kisah menarik antara beliau dan Saidina Khalid al Walid r.a pada zaman pemerintahan beliau.

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah Taala.


sumber dari: irhafiz.wordpress.com

Keep your burps away from us






Allah (s.w.t.) says in the Holy Qur'an:

“and eat and drink but waste not by extravagance, certainly He (Allah) likes not Al‑Musrifoon (those who waste by extravagance)” (Holy Qur'an 7:31)

The Prophet Muhammad (s.a.w.) said:


“No human ever filled a vessel worse than the stomach. Sufficient for any son of Adam are some morsels to keep his back straight. But if it must be, then one third for his food, one third for his drink and one third for his breath.” (Ahmad,Tirmidhi, Nasaa’i)

Ibn ‘Umar (r.a.) narrated that the Messenger of Allah (s.a.w.) said:

“The believer eats in one stomach whilst the disbeliever eats in seven.” (Bukhari (5081) and Muslim (2060))

Ibn ‘Umar (r.a.) said: A man burped in the presence of the Messenger of Allah (peace and blessings of Allaah be upon him) and he said: “Keep your burps away from us, for the one who eats his fill the most in this world will be hungry for the longest time on the Day of Resurrection.” (Narrated by al-Tirmidhi (2015))

It was also narrated that Aisha (r.a.) said, “The family of Muhammad never ate their fill three days in a row till the Prophet passed away.” (Bukhari)


sumber dari: hopingforparadise.blogspot.com

Sayyidina Umar's (r.a.) questioning Munkar and Nakir







In one tradition comes that the Messenger of Allah (s.a.w.) said: ''By Him who sent me with the truth! Sayyidina Jibril (Angel Gabriel, alayhis salaam) just told me that Munkar and Nakir shall come to you in the grave and ask you: ''Oh Umar, who is your Lord?'' You shall then reply:

''My Lord is Allah, and who is your Lord?
Muhammad (s.a.w.) is my Prophet. Who is your Prophet?
And Islam is my religion. What is your religion?''

 These two shall then say: ''How strange, we don't know whether we were sent to you, or you were sent to us.'' '' (Hayatus-Sahabah 3/99)


sumber dari: hopingforparadise.blogspot.com

KISAH PEMBUNUHAN SAYYIDINA UMAR







Beberapa hari sebelum terjadinya peristiwa yang menyayat hati ini, Abu Lu'luah seorang Majusi telah bertemu dengan beliau dan mengadu mengenai jumlah kharaj(macam cukai) yang dikenakan ke atasnya untuk dijelaskan kepada tuannya iaitu Mughirah bin Syu'bah agak tinggi. Kadar jumlah yang terpaksa dibayar ialah 4 dirham setiap hari yang mana Sayyidina Umar yang mendengar pengaduan ini mengatakan bahawa jumlah itu agak bersesuaian dan tidak terlalu membebankan. Ini berdasarkan kepada pendapatnya hasil daripada beberapa kerja yang dilakukan. 

Sebenarnya Sayyidina Umar memang boleh mempertimbang- kan rayuannya itu sebagaimana beliau berbuat demikian dengan mereka yang lain tetapi beliau tetap dengan pendiriannya bahawa kadar yang dikenakan tidak membebankan Abu Lu'luah. Apabila rayuannya itu tidak diterima oleh Sayyidina Umar maka dia terys berlalu dari situ dalam keadaan marah dan penuh perasaan dendam. Dia berniat dalam hati untuk membunuh Sayyidina Umar dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan niat jahatnya itu. 

Akhirnya Sayyidina Umar mendapat berita mengenai niat jahat yang ingin dilakukan oleh Abu Lu'luah terhadap beliau. Beliau meminta pandangan Sayyidina Ali mengenai perkara ini lalu Sayyidina Ali berkata : "Adakah perlu kami mengawal engkau wahai Amirul Mukminin?". Jawab Sayyidina Umar dengan tegas : "Cukuplah Allah sebagai pengawal". Beliau tidak melantik pengawal khas bagi mengawal beliau daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku kerana beliau bimbang tindakan ini akan diikuti oleh khalifah selepas beliau nanti. Jika perkara ini berlaku akan menyebabkan orang yang dizalimi tidak lagi mampu menemui khalifah bagi mengadu sebarang masalah dengan mudah dan tidak payah melepasi pengawal terlebih dahulu. 

Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh, Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara sala satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu. 


Berbalik kepada keadaan Sayyidina Umar di mana beliau terus rebah setelah ditikam. Para muslimin yang berada di situ terus memangku beliau dalam keadaan penuh kebimbangan. Beliau menyeru :" Adalah di kalangan kamu ini Abdul Rahman bin 'Auf?". Para muslimin menyahut : " Ya! ada wahai Amirul Mukminin". Beliau berkata :"Katakanlah kepadanya agar mengimamkan para muslimin dalam menunaikan solat Subuh!. Ia merupakan solat fardhu yang diwajibkan ketika ini". Inilah dia Sayyidina Umar yang begitu mementingkan kewajipan terhadap Allah daripada dirinya sendiri yang sedang berada dalam keadaan parah ketika itu. Adakah layak penganut syiah mengatakan bahawa beliau merupakan ahli neraka?. Siapaka mereka berbanding Sayyidina Umar?. 

Lalu Abdul Rahman bin 'Auf mengimamkan para muslimin dalam solat Subuh pada pagi itu. Manakala Abdullah bin Abbas bersama beberapa orang muslimin yang lain sibuk menguruskan Sayyidina Umar sehinggalah beliau diusung masuk ke rumahnya dan beliau ketika itu berada dalam keadaan koma. Setelah pagi telah meninggi maka beliau yang telah sedar daripada koma terus bertanya kepada para muslimin dikelilingnya : Adakah para muslimin telah mendirikan solat?". Jawab Ibnu Abbas :" Ya!". Kata Sayyidina Umar :" Tidak Islam bagi orang yang meninggal solat". Selepas itu beliau terus berwudhu' dan solat. Setelah selesai solat beliau terus berkata :" Wahai Abdullah bin Abbas! keluar dan tanya tentang siapakah yang cuba membunuhku?. Abdullah bin Abbas terus keluar dari rumah Sayyidina Umar dan bertanya mereka yang ditemuinya : " Siapakah yang menikam Amirul Mukminin?". Mereka memberitahu bahawa Abu Lu'luah yang telah melakukan perbuatan yang kejam itu terhadap Sayyidina Umar. Mendengar jawapan itu, lalu Abdullah bin Abbas terus kembali semula kepada Sayyidina Umar dan memberitahu beliau tentang orang yang menikamnya. 


Mendengar jawapan itu maka Sayyidina Umar terus berkata : " Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah yang mana tidak menjadikan orang yang menikamku sebagai orang yang akan mendakwaku di hadapan Allah nanti dengan tempat sujud yang disujudnya bagiNya sahaja". Maksud kata-kata beliau ialah beliau berasa lega kerana orang yang menikamnya bukan daripada kalangan muslim yang tidak berpuas hati dengannya. 

Beliau memanggil ahli perubatan pada masa itu yang mana ramai daripada kalangan mereka yang berada di Madinah datang untuk merawatnya. Mereka menyatakan bahawa kecederaan yang dihadapi oleh Sayyidina Umar agak parah dan tidak mampu dirawat lagi. Mendengar kata-kata ahli perubatan itu maka para muslimin berasa begitu sedih dan menangis kerana tidak lama lagi mereka akan berpisah dengan pemimpin yang adil dan tegas itu. Mendengar tangisan itu lalu beliau terus menegahnya. Ketika beliau meminum susu maka beliau dapat melihat bagaimana air susu yang putih itu keluar daripada kesan lukanya. Beliau merasa sudah sampai masanya untuk menemui Allah Tuhan Penciptanya. Beliau memandang kepada muslimin sekelilingnya lalu berpesan agar mereka bertaqwa kepada Allah dan mendirikan solat serta bersikap adil kepada rakyat. 

Dalam keadaan yang sugul itu para muslimin mencadangkan agar beliau menentukan khalifah selepasnya. Beliau menjawab kepada mereka :" Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Sayyidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup(syahid dalam peperangan Mu'tah) nescaya aku akan melantiknya.Jika Salim maula Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata :"Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu". Mendengar kata-kata Sayyidina Umar itu lalu Abdullah bin 'Auf bertanya :" Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :"Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf :"Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masaalh ini selama-lamanya". Perintah beliau :" Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Sayyidina Ali, Sayyidina Uthman, Zubair bin al-Awwam dan Sa'ad bin al-Waqas. Dia berkata :" Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu". 


Dari sini kita dapat fahami bahawa masalah kepimpinan ini merupakan perkara yang besar dan tidak boleh dipandang ringan. Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini terlibat secara langsung dengan masalah agama bukannya sebagaimana dakwaan sesat golongan sekular bahawa agama suku politik suku. Jika benar dakwaan mereka mengapa masalah ini ditekankan oleh muslimin dan juga Sayyidina Umar yang berada dalam keadaan tenat ketika itu.Kita juga dapat menyaksikan bagaimana cara pemilihan seseorang khalifah itu tidak ditetapkan oleh syarak. Oleh itu semua cara termasuk sistem monarki yang dimulai oleh Kerajaan Umawiyyah dan mereka selepasnya adalah betul selagimana tidak bercanggah dengan syarak dan tidak menggugat pelaksanaan Islam secara menyeluruh bukannya secara juzu' tertentu sahaja dengan menafikan juzu' yang lain bagi menjaga periuk nasi dan kedudukan politik seseorang pemimpin. 

Subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 hijrah menyaksikan kesyahduan suasana apabila Sayyidina Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika kewafatan keduanya. Selepas jenazah beliau selesai diurus maka Suhaib ar-Rumi telah mengimamkan para muslimin dalam menyembahyangkan jasad yang mulia ini. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina 'Aisyah selepas mendapat keizinannya. Maqam beliau berada berhampiran maqam Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar. Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat dan sebulat suara melantik Sayyidina Uthman bin al-'Affan sebagai khalifah ar-rashid yang ketiga menggantikan Sayyidina Umar al-Khattob al-Faruq sebagai pemimpin Daulah Islamiah. 



sumber dari: thariq-aljannah.blogspot.com