Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).
Showing posts with label Saidina Uthman Affan. Show all posts
Showing posts with label Saidina Uthman Affan. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Kalimat Terakhir Di Penghujung Nafas







Khalifah ketiga Uthman Bin Affan ra termasuk sepuluh sahabat Rasul SAW yang dijamin masuk syurga. Meskipun demikian, beliau selalu berjaga sepanjang malam untuk beribadah kepada Allah SWT kerana rasa takut yang menyerangnya dan kedahsyatan hari kiamat sekaligus mengharap rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.

Ketika para penghasut menggerakan rakyatnya untuk membunuh dirinya, isterinya berteriak ke arah mereka , "Jika kalian ingin membunuh atau membiarkan dirinya tetap hidup, sungguh dirinya sentiasa menghiasi malamnya dengan solat yang satu rakaatnya mampu mengkhatamkan seluruh Al-Qur'an. "

Ibnu Umar mengisahkan bahawa Uthman menceritakan kepada orang-orang, "Aku berjumpa dengan Rasul SAW semalam dalam mimpi. Beliau bersabda, ' Berbukalah esok bersama kami ! ' " Keesokan paginya, dia berpuasa dan di hari itu pula dia terbunuh.

Diriwiyatkan dari Harun bin Yahya bahawa Uthman ra pernah berkata, saat dia diserang dari belakang dan darah telah membahasi janggutnya, beliau sempat berucap " Laa Ilaha Illallah , Subhanallah . Aku sungguh termasuk golongan orang -orang yang zalim. Ya Allah  aku berharap hidayah dan pertolongan- Mu atas seluruh urusanku dan aku memohon kesabaran atas musibah yang menimpaku . "

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam bahawa Uthman ra berkata, " Ya Allah, persatukanlah umat Muhammad ! " Abdullah berkata , "Demi jiwaku yang berada dalam genggaman- Nya, jika dia berdoa kepada Allah SWT dalam keadaan sedemikian agar umat tidak bersatu selamanya, nescaya mereka tidak akan bersatu selamanya.



sumber dari: detikislam.blogspot.com/

6 Ketakutan Bagi Seseorang Yang Beriman







Kata Saidina Uthman Affan,ada 6 ketakutan bagi seseorang yang beriman ;

1) Takut dicabut iman. Tiada iman confirm akan dimasukkan ke neraka.

2) Takut dengan catatan malaikat Allah yang tidak pernah terlupa sesaat utk menulis segala kelakuan maksiat kita.

3) Takut dengan godaan syaitan yg sentiasa berusaha nak bawa org beriman ke neraka.

4) Takut datang malaikat maut kita dalam keadaan lalai dengan maksiat dan hanyut dengan pangkat dan kekayaan.

5) Takut cintakan dunia yang melampaui sehngga melupakan akhirat.

6) Takut dengan orang sekeliling seperti kaum keluarga atau sahabat handai yang akan melalaikan kita dari mengingati Allah.



sumber dari: detikislam.blogspot.com

Tuesday, 26 November 2013

Pengangkatan Khalifah




Image


Pengangkatan Khalifah dilakukan oleh ahlul hilli wal ‘aqdi / Ahlu Asy-Syuro. Ada beberapa contoh teknis pengangkatan yang berbeda, yang dilakukan oleh para sahabat.

Pengangkatan Abu Bakar:
Pembai’atan Abu Bakarterkenal dengan peristiwa Saqifah; setelah wafatnya Rasul terdengar kabar bahwa kaum Anshar berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk mengangkat Sa’ad bin Ubadah sebagai Khalifah. Kemudian Umar, Abu Bakar, dan Abu Ubaidah mendatanginya; Abu Bakar menawarkan Umar atau Abu Ubaidah menjadi Khalifah, tetapi mereka malah bersepakat memilih Abu Bakar. Esoknya dilakukan pembaiatan umum oleh kaum muslimin.

Pengangkatan Umar bin Khattab:
Pembaiatan Umar bin Khattabdiawali dengan pengajuan dari Abu Bakar menjelang wafatnya kepada para sahabat, setelah disetujui lalu dibuat surat pengajuan itu dan dibacakan dihadapan kaum muslimin, mereka ditanya kerelaannya.

Pengangkatan Utsman bin Affan:
Pembaiatan Utsman bin Affandiawali dengan pengajuan nama-nama calon Khalifah dari Umar menjelang wafatnya, mereka adalah Ali, Utsman, Abdurrahman, Zubair bin Awwam dan Thalhah bin Ubaidillah. Saat Umar meninggal, Miqdad mengumpulkan enam anggota majelis syuro di rumah Aisyah, Thalhah tidak hadir. Hasilnya, majelis menunjuk Abdurrahman bin Auf menjadi penanggungjawab pemilihan Khalifah; disetujui pula ketentuan bahwa calon tidak boleh ada kaitan kekeluargaan dengan Khalifah. Selama tiga hari tiga malam Abdurrahman menemui para sahabat. Pada hari keempat ia mengumpulkan kaum Muhajirin, Anshar, kubaro, tokoh-tokoh, para sahabat senior, dan para pemimpin prajurit. Mereka diminta pendapatnya tentang Khalifah pengganti Umar, akhirnya disepakati Utsman menjadi Khalifah.

Pengangkatan Ali bin Abu Thalib:
Pembaiatan Ali bin Abu Thalib diawali dengan pencalonan Ali oleh beberapa sahabat Muhajirin dan Anshar. Ali awalnya menolak, tapi mereka terus mendesak. Ali akhirnya mengajak mereka ke masjid untuk memusyawarahkannya kepada kaum muslimin. Ternyata mereka sepakat mengangkat Ali sebagai Khalifah.

Kesimpulannya, bagaimanapun teknisnya, pemilihan pemimpin haruslah disepakati atau dipilih oleh ummat. Oleh karena itu Umar bin Abdul Aziz sempat menolak pencalonan dirinya sebagai Khalifah dengan cara ditunjuk oleh Khalifah sebelumnya (Abdullah Sulaiman) tanpa persetujuan ummat.



sumber dari: bangdani.wordpress.com

Saturday, 16 November 2013

Are your pure?




4sss

If the hearts are pure, they will never have enough from reciting Allah’s words (the Qur’an).
- Hadhrat Uthman Ibn Affan (Radi Allahu ‘anhu) -



sumber dari: towardsenlightment.wordpress.com

Friday, 26 July 2013

10 sahabat yang dijanjikan SYURGA..




10 para pencinta Ilahi yang sejati..bahkan dijanjikan syurga yang menanti..subhanaLlah..jom kita kenali sahabat2 Nabi kita yang disayangi..moga menjadi contoh teladan buat kita..insyaAllah.. :)

1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah

Inilah 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Kita (termasuk aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di dunia, orang yang paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi jarang mengambil tahu tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.

Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.

Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.

Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.

Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiutelah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.

Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.

Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.


sumber dari: elya-mujahadah.blogspot.com

Ambil Iktibar Saidina Uthman bin 'Affan RA berinfak




Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap puji dan sanjungan adalah hak Allah Tuhan sekelian makhluk. Mudah-mudahan selawat serta salam dilimpahkan kepada nabi yang termulia, penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan tabi'in sekeliannya hingga ke hari kiamat.

Gambar Hiasan
Hampir sebulan saya tidak update blog disebabkan beberapa perkara. Hari ini saya berkesempatan untuk sambung kembali menulis. Mudah-mudahan saya diberikan kekuatan dan peluang untuk ziarah blog kawan-kawan selepas ini, insyaAllah.

Kali ini selepas membaca kisah Saidina Uthman ra di blog cemerlang saya terpanggil untuk menulis tentang infak Saidina Uthman ra buat peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang ingin memperbaiki amalan. 

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura).

Nama sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraisy dari Bani Umayyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati dan merupakan salah seorang  saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau diberi gelaran “al-Ghani“. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam. Contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan sebanyak 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman; Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma daripada seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma. Sebelumnya telaga yang dipunyai Yahudi ini dikenakan bayaran. Apabila Saidina Uthman membelinya beliau memberikan percuma termasuk kepada orang-orang Yahudi.

Suatu ketika Madinah mengalami masa kesusahan  yang sangat parah akibat  kemarau yang berpanjangan. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan banyak yang mati. Ramai penduduk Madinah  mengalami kelaparan. Pada masa kesukaran itu, datang rombongan kafilah dari negeri Syam membawa barang dagangan yang sebahagian besar berupa makanan. Rupa-rupanya barang dagangan itu kepunyaan Ustman bin Affan. Para peniaga Madinah berebut-rebut ingin membelinya dengan maksud dijual kembali kepada masyarakat yang memang sangat memerlukankan dengan harga yang berlipat ganda . Mereka menawar barang dagangan itu dengan harga tiga kali ganda daripada harga pembeliannya.

Tetapi tawaran yang sangat menguntungkan itu ditolak oleh Ustman bin Affan, “Maafkan saya, barang dagangan ini telah terjual dengan harga yang lebih besar dari itu!” 

Tentu saja para peniaga itu menjadi hairan , siapa orang yang berani membeli dengan harga tinggi itu. 

Mereka pun bertanya , “Wahai sahabat, siapakah orangnya yang telah membeli barang daganganmu dengan harga sangat tinggi itu?”

Uthman pun menjawab singkat  ;  “Allah!”.

Dengan kehairanan mereka bertanya lagi ; “Bagaimana caranya Allah memberikan keuntungan itu kepadamu?”

Jawab Uthman, “Allah menjanjikan kepadaku keuntungan tidak kurang dari 700 kali ganda, tidakkah kalian ingat janji Allah itu dalam Al-Quran?” Lalu Uthman membacakan firman Allah SWT  maksudnya : 

“Perumpamaan  (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah 2:261)

Para peniaga itu bertanya lagi; “ Apakah engkau akan sedekahkan seluruh dagangan yang sangat banyak ini?” 

Uthman pun menjawab , “Benar. Seluruhnya aku sedekahkan kepada masyarakat yang menderita kerana kesusahan yang parah ini!”

Kisah ini memberikan gambaran orang-orang yang memiliki kepercayaan penuh pada janji Tuhannya. Tidak ada sedikitpun ragu-ragu diatas janji-janji Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang sanggup menginfakkan hartanya dijalan Allah SWT. 

Saidina Uthman yakin sungguh-sungguh bahawa Zat Yang Maha Suci, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tidaklah mungkin akan ingkar janji-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : 

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”. (Al-Baqarah 2:245)

Firman Allah SWT maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar”. (As-Saff 61:10-12)

Oleh kerana manfaat memberi sedekah sama ada sedekah wajib ataupun sedekah sunat adalah cukup besar maka janganlah kita abaikan sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Latihlah diri kita untuk mengeluarkan zakat dan juga bersedekah. Jangan tangguh-tangguh untuk bersedekah, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita. Jangan fikir kita akan rugi kerana rezeki yang datang daripada Allah SWT itu kita tidak tahu dari mana puncanya. Dia akan beri rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah SWT untuk sedekah dan infaq di jalan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : 
“ .. dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. (At-Talaaq 65:2-3) 
Seharusnya juga kita mengambil pengajaran daripada Firman Allah seperti berikut:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:92)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)
 Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?" (A-li'Imraan 3:180)
Sekian, semoga memberi manfaat.


sumber dari: permatainn.blogspot.com

SAIDINA UTHMAN IBNU AFFAN meninggalkan pesannya...






Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu adalah;

1. Hatinya selalu berniat suci.
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara yang dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5. Mengutamakan kehidupan Akhirat daripada kehidupan dunia.


Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib;

1. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat dan mengikut amalan mereka itu wajib.
2. Membaca Al-Qur'an itu fadhilat dan beramal dengannya adalah wajib.
3. Menziarahi kubur itu fadhilat dan bersedia untuknya itu wajib.
4. Menziarahi orang sakit itu adalah fadhilat dan menunaikan wasiatnya itu adalah wajib.

Wallahu'alam..



sumber dari: tintafarahnur.blogspot.com

Makam Saidina Uthman r.a






sumber dari: jejakrasulullahsaw.blogspot.com

Khalifah Islam Saiyidina Uthman Bin Affan R.A




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2 cahaya


SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A.

Di zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Saiyidina Uthman R.A seorang yang baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam. Dia juga merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.

Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dari tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.

Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dari suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan kehalusan budi pekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.

Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga.

Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telahpun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.

Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama Bir Ruma dari seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur tersebut maka orang yang berbuat demikian itu, Allah akan menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersolat di dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping masjid untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar lagL

Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w. dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diredhai oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda.

Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbang rasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa takutnya.

Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar Ibnu Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada zamannya lah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang baharu.

Dalam zaman pemerintahannyalah orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah hermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.

Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang bersalah yang melanggar larangan Agama Islam. Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa pemerintahannya dan ini menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.

Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang hernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.

Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tak puas hati orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu daripada perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al Hakam telah diperintah keluar dari Madinah kerana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke Madinah., bukan setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi sebagai menteni kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.

Selain daripada itu orang-orang Islam merasa tak puas hati juga terhadap pemecatan yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tak puas hati terhadap Saiyidina Uthman R.A. Pemerintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbulnya punca fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain. Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendiri.

Seorang sahabat yang terkenal bernama Abu Zar juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba kepada sahabat tenkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhirnya Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhir hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.

Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk memecah-belahkan umat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah berjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh sekalian orang yang menyokong Muhammad sama ada dari golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.

Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada Khalifah. Apabila mereka dapati tuntutan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan yang terkenal kenana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah oleh isteri Saiyidina Uthman bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu putus. Akhirnya Saiyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.




sumber dari: semangataku.blogspot.com

Riwayat Cinta Rasulullah SAW, Sahabat Nabi dan Ulama'




Pada Aisyah, Ia Dapati Rehat Penuh Cinta

Orang yang lebih tampan dari dirimu, belum pernah mata ini melihatnya
Orang yang lebih sempurna darimu, belum pernah dilahirkan wanita
Engkau diciptakan bersih dari semua cacat dan noda
Seolah kau dicipta, sepert
i yang kau suka
(Aisyah radiyallahu 'anha)

Inilah syair yang digubah Aisyah untuk suami tercinta, Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Aisyah, selalu menghadirkan keceriaan di tengah tugas-tugas berat Rasulullah memikul amanah risalah akhir zaman.

"Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam biasa meletakkan kepala di pangkuanku walaupun aku sedang haidh, kemudian beliau membaca al-Quran." (Riwayat Abdurrazaq)

"Dari Aisyah, sesungguhnya suatu kali Rasulullah memegang erat tangannya sambil berkata, "Seandainya kaummu mahu mengerti...Dahulu Kaabah roboh oleh banjir. Kalau saja bukan kerana mereka baru saja lepas dari kemusyrikan, nescaya aku bangun Kaabah di atas dasar-dasar yabg dibangun Ibrahim dan Ismail. Kupasangkan batu itu (hijr Ismail) padanya kerana memang bahagian darinya. Aku telah meletakkan di tempat tersebut dua pintu yang aku letakkan dekat tanah. Tetapi kaumu mengangkat pintunya agar tak ada yang bisa masuk kecuali yang mereka kehendaki... (Riwayat Ibnu Asakir)

Pada Nailah, Kita Belajar Ketulusan

Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"

Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."

Waktu berlalu, hari berganti dan bulan terus berjalan, Nailah yang telah melahirkan Maryam dan Anbasah binti Usman dari pernikahan ini tetap setia mendampingi suami tercinta. Hingga ketika hari itu tiba, saat pasukan pembangkang mengepung rumah Usman, lalu mereka menerobos masuk dan mendapati beliau sedang tilawah. Tanpa menggubrisnya mereka mengayunkan pedang-pedang terlaknat ke tubuh tua beliau. Nailah, sang bidadari, segera menjatuhkan tubuh ke pangkuan Usman untuk melindunginya. Dan, ya.., jari-jari tangan perempuan tulus itu putus.

Ketika akhirnya Usman wafat dalam kemuliaan, Muawiyah ibn Abu Sufyan mengirim utusan untuk meminang Nailah. Tapi apa jawaban Nailah? "Tidak mungkin ada seorang manusia pun yang bisa menggantikan kedudukan Usman di dalam hatiku."

Apakah faktor usia memang tidak akan menjadi masalah dalam pernikahan? Tergantung, jawabnya ada pada masing-masing kita. Di kisah ini, Usman berusia 81 sedang Nailah 18. Ternyata Nailah membuktikan ketulusan cintanya.

Jangan difikir hanya lelakinya yang selalu lebih tua. Zaid ibn Haritsah, semula adalah putera angkat Rasulullah, menikah dengan Ummu Aiman yang merupakan pengasuh Rasulullah saat beliau bayi. Nah? Apa motivasinya hingga Zaid begitu bangga menikahi Ummu Aiman? Tentu kalimat Rasulullah yang berbunyi, "Barangsiapa ingin menikahi wanita ahli syurga, maka nikahilah Ummu Aiman!"



sumber dari: ksatriabertasbih.blogspot.com

Mengurus Quran lama




Need to Know News: Obama apologizes to Afghanistan for Quran burning; Romney jabs at Santorum's record in CNN debate


Mushaf al-Quran (dan begitu juga kertas-kertas yang bertulis ayat al-Quran, nama-nama Allah, zikir-zikir, hadis-hadis Nabi dan seumpamanya) wajib dijaga kemuliaan dan kehormatannya. Hendaklah disimpan ditempat yang baik dan bersih. Jika dijumpai terjatuh di atas lantai atau berada di tempat yang tidak sepatutnya, wajiblah dipungut. Jika sudah tidak dapat digunakan lagi, hendaklah dilupuskan sama ada dengan menanamnya di tempat yang bersih dan jauh dari laluan manusia (untuk mengelak dari ia dipijak atau dilangkahi) atau boleh juga dibakar dan kemudian abunya ditanam di tempat yang bersih. Ini sebagai mengambil contoh dari tindakan yang dilakukan oleh para sahabat.

Dalam kitab Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Saidina Usman bin ‘Affan –radhiyallahi ‘anhu- telah mengarahkan beberapa orang sahabat supaya menyalin beberapa mushaf al-Quran, kemudian ia menghantar ke setiap pelusuk (negara umat Islam) satu salinan. Dan ia memerintahkan semua lembaran dan mushaf yang lain hendaklah dibakar”. (Juz. 15, bab jam’ie al-Quran, hadis no. 4604).

Berkata Ibnu Battal; hadis ini menunjukkan bahawa diharuskan membakar kitab-kitab/buku-buku yang terdapat di dalamnya nama-nama Allah (yang tidak digunakan lagi). Tindakan itu sebagai memuliakannya dan menjaganya dari dipijak oleh kaki-kaki manusia.

Ada diceritakan bahawa Tawus membakar kertas-kertasnya yang terdapat tulisan Bismillah, begitu juga yang dilakukan oleh Urwah. (Fathul-Bari, juz 14, bab Jam’ie al-Quran. Lihat juga; Tuhfah al-Ahwazi, juz. 7, bab wa min surati at-taubah).

Diharamkan sama sekali mushaf al-Quran yang lama itu dibuang ke tempat sampah atau dibiarkan tanpa terurus di tempat yang tidak sepatutnya. Begitu juga, tidak harus kertas al-Quran lama di kitar semula untuk kegunaan lain dari al-Quran (seperti menjadi kertas biasa, tisu atau sebagainya) kerana itu juga satu jenis penghinaan kepada al-Quran. Ini sebagaiman fatwa yang yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Arab Saudi (Fatawa al-Lujnah ad-Daimah, al-Majmu’at al-Ula, 4/80. Lihat; al-Maktabah asy-Syamilah) dan beberapa fatwa yang lain. Jadi, jalan yang ada ialah sama ada menanamnya atau membakarnya atau terus menyimpannya dengan baik.


sumber dari: fitrahislami.wordpress.com

Petuah Sayyidina Utsman




bahaya teh celup

Orang mukmin bisa merasa cemas karena enam hal, Yaitu:

1. Cemas (takut kepada Allah), khawatir jikalau sewaktu-waktu Allah mencabut kenikmatan iman.

2. Cemas akan malaikat hafadhah (pencatat), takut mereka mencantumkan amal yang dapat mempermalukan diri pada hari kiamat.

3. Cemas akan setan, takut seandainya ulah mereka menjadi sebab terhapusnya segala amal kebaikan diri.

4. Cemas akan malaikat maut, takut tiba-tiba nyawa dicabut, sedang diri tengah lengah atau lupa.

5. Cemas akan gemerlap dunia, takut diri terbujuk, terpukau, sehingga lupa kehidupan akhirat.

6. Cemas akan keluarga, takut terlalu disibukkan oleh mereka, sehingga lupa dari mengingat Allah ‘azza wa jalla.



sumber dari: midajulyanti.blogspot.com

kata-kata hikmat






Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Saidina Umar Al-Khattab

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Saidina Usman Ibnu Affan

Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara iaitu sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah,meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan, ketika menyeru kepada kebaikan dan ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah .

Saidina Ali Abu Talib

Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam


sumber dari: balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com

Wednesday, 24 July 2013

Pohon Maaf dan Betulkan Kesilapan




Kenapa ucapan maaf saja kadang tak cukup?


Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya:
“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”. 
Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat.


sumber dari: drmaza.com

QURAN Majeed







sumber dari: vustudents.ning.com

Friday, 21 June 2013

Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin





Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...

Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: 

“Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” 




Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: 

“Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.” 

Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: 

“Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain” 

Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:

“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”. 


(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)


sumber dari: alambukansemulajadi.blogspot.com

Monday, 17 June 2013

10 Sahabat Rasulullah yang dijanjikan Syurga oleh Allah






1.Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
   Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

2.Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
   Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

3.Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
   Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

4.Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
   Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

5.Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
   Shahid Yang Hidup

6.Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
   Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

7.Abdul Rahman bin Auf r.a.
   Orang Yang Berniaga Dengan Allah

8.Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
   Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

9.Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
   Orang Kepercayaan Ummat Ini

10.Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
     Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih


sumber dari: akusifuyus.blogspot.com

Cincin Nabi Hilang






Khaitamah berjalan pantas menuju ke Masjid Nabi. Apabila sampai dia terus masuk mencari Khalifah Uthman Affan. Dilihatnya beliau sedang berbaring dengan beralaskan sehelai kain. Melihat kedatangan Khaitamah,  Khalifah Uthman segera duduk bersila.
“Selamat pulang wahai Khaitamah. Bagaimana keadaan di Syam (Syria)? Adakah gabenor berlaku adil pada orang ramai?” tanya Khalifah Uthman. Dia gembira menyambut kepulangan Khaitamah.
“Muawiyah berlaku adil dan dia disayangi penduduk Syam.” Jawab Khaitamah.
“Bagaimana pula Abu Zar Ghifari?” tanya Khalifah.
“Dia seorang yang jujur dan suka berterus terang. Tetapi Muawiyah tidak marah kepadanya walaupun disindir oleh Abu Zar Ghifari.” Jawab Khaitamah.
“Apa yang dikatakan oleh lelaki itu pada Muawiyah?” tanya Khalifah lagi.
“Dia tak bercakap depan Muawiyah tetapi selalu berucap kepada penduduk Syam dengan mengatakan harta bagi disedekahkan bukan untuk disimpan. Ramai yang menganggap kata-kata itu ditujukan kepada Gabenor Syam iaitu Muawiyah,”jawab Khaitamah lalu menceritakan Abu Zar kurang senang melihat kemewahan hidup Gabenor Syam, Muawiyah.
“Apakah Muawiyah menyimpan hartanya? Benarkah dia hidup dengan bermewah-mewah?” tanya Khalifah Uthman.
“Setahu saya Muawiyah membina tempat kediaman yang kukuh untuk keselamatan diri dan keluarganya. Dia menyimpan harta dalam baitulmal sebagai persiapan sekiranya berlaku peperangan,” jawab Khaitamah.
“Adakah terjadi permusuhan antara Muawiyah dengan Abu Zar? Mengapa dia menyuruh saya memanggil Abu Zar pulang ke Madinah?” tanya Khalifah lagi.
“Muawiyah tidak marah kepada Abu Zar. Mereka berdua tidak bermusuhan. Cuma ucapannya itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Kerana itu Muawiyah memohon kerjasama khalifah memanggil Abu Zar pulang ke Madinah,” jawab Khaitamah.
“Saya tidak marah kepada Abu Zar dan Muawiyah. Kedua-duanya lelaki yang baik,” puji Khalifah Uthman.
“Saya mencadangkan supaya Abu Zar dilantik menjadi gabenor. Mungkin cara ini dapat menutup mulutnya,” cadang Khaitamah.
Namun Khalifah Uthman tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana Abu Zar tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin.
“Amirul Mukminin, tuan memerintah dengan adil. Cuma saya mencadangkan tuan jangan bersendirian. Wujudkan beberapa orang pengawal bagi menjaga keselamatan tuan. Ini disebabkan tuan seorang ketua negara. Keselamata tuan perlu dijaga. Tambahan pula musuh-musuh berada di mana-mana,” kata Khaitamah sambil meluahkan rasa bimbangnya pada keselamatan Khalifah Uthman.
“Saya tidak akan melantik pengawal. Cukuplah Tuhan saja yang menjaga saya,” kata Khalifah.
“Tidakkah tuan tahu ada kumpulan yang tidak menyukai tuan? Mereka mahu tuan meletak jawatan supaya diganti dengan orang lain?” tanya Khaitamah.
“Saya tahu, tapi saya tidak akan tunduk dengan ugutan mereka,” tegas Khalifah Uthman Affan.
Perbualan mereka terhenti apabila datang seorang perempuan tua lalu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, saya sudah tua dan tidak mempunyai pembantu. Perigi terletak jauh dari rumah saya menyebabkan saya sukar mendapat air. Tuan seorang yang dermawan, dapatkah tuan menggali sebuah perigi berhampiran dengan rumah saya?”
“Saya akan selesaikan masalah makcik,” kata Khalifah Uthman sambil melahirkan rasa simpati kepada pada perempuan tua itu.
Kemudian Khalifah Uthman menyuruh seorang lelaki menggali perigi berhampiran rumah perempuan tua itu. Selepas kerja menggali perigi itu siap. Khalifah Uthman pergi melihatnya. Dia berdiri di tepi perigi itu sambil bermain-main dengan jarinya. Tiba-tiba cincin yang dipakainya terjatuh ke dalam perigi itu.
“Tolong carikan cincin itu sampai dapat,” perintah Khalifah Uthman.
Para pembantunya berusaha mencari cincin tersebut. Mereka menimba air perigi itu sampai kering namun yang dicari masih lagi tidak ditemui. Khalifah Uthman berasa sangat susah hati. Cincin itu sebenarnya kepunyaan Rasulullah, cincin itu digunakan sebagai cop rasmi khalifah. Khalifah Abu Bakar dan Umar juga menggunakan cincin tersebut sebagai cop rasmi khalifah.
“Wahai Amirul Mukminin, pada pendapat saya, dengan hilangnya cincin nabi itu, petada buruk akan berlaku kepada tuan,” kata Khaitamah sambil menasihatkan Khalifah Uthman supaya berwaspada.
Selepas kejadian itu, Khalifah Uthman menempah cincin baru yang serupa dengan cincin Rasulullah untuk dijadikan cop rasmi khalifah. Tidak lama kemudian, beberapa sahabat nabi meninggal dunia. Antaranya Abu Sufian, Abdul Rahman Auf, Abbas Abdul Muttalib, Abu Darda’, dan Miqdad bin Amru. Khalifah Uthman berasa amat sedih dengan kehilangan mereka.
Benarlah kata Khaitamah, tidak berapa lama kemudian berlakulah satu peristiwa yang bakal memisahkan umat Islam kepada beberapa kelompok. Mereka saling membenci dan mendendam antara satu sama lain. Dimulai dengan pembunuhan Khalifah Uthman dan berterusan hingga muncul puak Syiah, Khawarij, Mu’tazilah, Sunni. Bacalah sejarah, bacalah kisah terdahulu, ambil pengajaran daripadanya dan jangan ulanginya sekali lagi. Kerana orang beriman tidak melakukan kesilapan berulang kali..


sumber dari: tarikhulbasyar.blogspot.com