Allah berfirman: ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu
Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura
(penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’
(Asy-Syura:
7)
Qs.5 Maa’idah:97. "Allah telah menjadikan Kaabah,
rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia". Ayat ini menunjukkan dengan
jelas bahawa Allah telah maktubkan Kaabah sebagai "Rumah Suci" di dalam
alQuranul Karim.
|
Makkaul Mukarramah
|
Qs.5 Maa’idah:97: Allah telah menjadikan Ka’bah,
rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.
Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini
dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya Makkah,
Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan
Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta
memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota
lain. Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur pula, turunnya wahyu llahi yang
pertama iaitu surah Al-Alaq. Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi
Muhammad saw melalui Jibril, ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan
ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.
Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa
beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai
Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai
kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada
kamu)." Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).
Ada pihak mengatakan piring parabola astro perlu di
hadapkan ke arah kiblat untuk mendapat siaran yang lebih jelas. Saya tidak
begitu pasti mengenainya, tetapi ianya mungkin satu kebetulan kecuali dapat
dibuktikan secara saintifik. Andaian mereka adalah disebabkan Mekah itu pusat
bumi dan terdapat satu tenaga atau gelombang yang terpancar dari sana yang lebih
kuat dari tempat lain. Mungkin ada pembaca yang dapat memberikan info yang lebih
spesifiks mengenainya.
Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab
Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir
mengulas, angkawasan pertama ke bulan telah membuktikan, Mekah adalah pusat
bumi.
Neil Amstrong pula secara tidak sengaja telah
membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini telah di
diteliti melalui penelitian Ilmiah dan juga satu siaran vedio dari Apollo 11
yang kemudiannya telah di ghaibkan oleh pihak NASA. Ketika Neil Amstrong
melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia
berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di satu area yang sangat gelap,
siapakah yang menggantungnya?.”
Terdapat satu "spot" di dalam kegelapan tersebut yang
memancarkan cahaya yang sangat terang. Pihak NASA telah membuat ujikaji dan
menemui fakta yang memeranjatkan. Cahaya tersebut terpancar dari Bandar Makkah.
Selain dari itu para angkasawan melaporkan terdapat satu gelombang pendek yang
aneh, setelah menelitinya ia dikesan terpancar dari kaabah menyambungkan Makkah
dengan sesuatu di angkasa lepas.
Planet Bumi juga dikesan mengeluarkan radiasi yang
sukar diterjemahkan oleh saintis. Radiasi tersebut berpusat di kota Mekah,
tepatnya dari Kaabah. Mengejutkan lagi adalah radiasi tersebut bersifat infiniti
(tidak berujung), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars dan
radiasi tersebut masih wujud dan berlanjutan. Para pengkaji Muslim mempercayai
bahwa radiasi ini adalah satu sinar yang menghubungkan Kaabah di Bumi dengan
Kaabah di langit (Baitul Makmur).
sumber dari: akhzaman.blogspot.com
No comments:
Post a Comment