Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday, 14 November 2012

Bersihkan dan Bebaskan Kaabah






Kaabah dibuktikan mempunyai radiasi yang kelihatan hingga ke planet Mars. Para pengkaji Islam mempercayai bahwa radiasi ini memiliki sifat tersendiri dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di bawah Arasy Allah (Baitul Makmur). Sejarah pembinaan Baitul Makmur adalah setelah berlakunya para Malaikat bertawaf di sekeliling Arasy memohon keampunan kerana Allah SWT murka mereka mempersoalkan keputusan Allah untuk memilih manusia sebagai khalifah di mukabumi. Disebabkan Arasy terlalu luas, Maka Allah SWT memerintahkan Baitul Makmur dibina. Allah juga memerintahkan malaikat membina Baitullah (Kaabah) di bumi di lokasi yang menjadi pusat bumi.
Kaabah terletak di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, kawasan yang bernama ‘Zero Magnetic Area, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas akan menjadi pegun .
Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan jasadnya tidak banyak dipengaruhi daya graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita di cas ulang oleh suatu tenaga dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah setiap hari dan malam. 60 rahmat untuk orang yang melakukan tawaf, 40 rahmat untuk orang yang solat dan 20 rahmat untuk orang yang hanya memandangnya
Berkenaan Hajarul Aswad di mana Power Kaabah itu keluar :
Sayidina Umar ibnu Khattab seraya mencium Hajar Aswad berkata “Sesungguhnya aku mengetahui bahawasanya engkau adalah semata-mata batu, tidak dapat memudharatkan dan tidak dapat mendatangkan manafaat. Kalaulah aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. mencium engkau, maka aku tidak akan mencium engkau.” (Riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad )
“Hajar Aswad itu tangan kanan Allah Azza Wajalla di muka bumi. Allah berjabat tangan dengan makhluk-Nya, seperti seseorang berjabatan tangan dengan saudaranya“.
(HR. Al Khatib dan Ibn ‘Asyakir).
Ibnu Abbas berkata : Hajarul Aswad adalah ‘tangan’ Allah di bumi, barangsiapa tidak berbai’at kepada Rasulullah SAW kemudian dia menyentuh Hajarul Aswad, bererti dia telah berbai’at kepada Allah dan RasulNya (Al Fakihy)
Di waktu ini kita bukan membaca sejarah tetapi kita sedang melakar sejarah membersih dan membebaskan Kaabah. Persiapan menyambut orang-orang yang ditugaskan oleh Allah (Imam Mahdi dan pembantunya ) dengan membersihkan kaabah dari Yahudi dan Nasrani yang bertopengkan ‘Wahabi’.
Di waktu ini Baitul Haram yakni Kaabah kelihatan seperti ‘terbiar’. Rumah Allah dicemari lahir dan batin. Tidak ada disiplin di hadapan Rumah Allah. Manusia berebut-rebut untuk menyentuhnya, untuk menyentuh Hajarul Aswad. sepatutnya Baitul Haram, orang kafir tidak boleh masuk. Di waktu ini tidak ada kawalan ketat di sempadan ‘tanah halal’ untuk ke ‘tanah haram’ yakni  tidak ada orang yang di tugaskan memeriksa  orang yang keluar masuk.
Sepatutnya ‘gate’ untuk masuk ke tanah haram kena ada pagar besar,  ada sistem scan macam di imigresen. Di sinilah liciknya Yahudi membuat umat Islam tidak memandang besar perkara yang patut diberi keutamaan.

Perkara kedua untuk  kita fikirkan ialah  tentang ‘tawaf khudum’ yakni tawaf selamat datang. Di waktu ini siapakah yang akan memastikan tawaf khudum ini di lakukan?
Juga di waktu ini manusia mengelilingi Kaabah bersesak-sesak lelaki perempuan bukan muhrim, tiada dapat dipisahkan.  Tiadakah sistem yang boleh menjadikan keadaan bertamu ke rumah Allah menjadi lebih tertib? Siapakah yang patut merubah ini semua? Contohnya ada waktu-waktu bergilir  lelaki atau wanita dibolehkan bertawaf setiap sekian cukup pusingan tujuh kali. Sedangkan masuk ke istana raja dunia penuh protokol, inikan pula bertamu yakni masuk ke istana Rumah Allah. Siapakah pernah terfikirkan situasi ini?
Yahudi memang sengaja merancang agar Kaabah menjadi sedemikian rupa, pentadbirannya tidak menitik beratkan hal-hal disiplin sedangkan syariat Allah amat bertertib. Yang di utamakan adalah membina hotel-hotel mewah disekeliling Kaabah serta pusat-pusat membeli belah yang canggih agar umat Islam semakin lalai dan alpa.
Umat Islam perlu ada panduan terkini untuk menunaikan rukun Islam ke-5, yang protokolnya ditulis Penjaga Haramain ! Sekarang Yahudi telah ketakutan kerana ada segelintir umat yang telah membongkarkan rahsia mereka. Ayuh ! Bersihkan Kaabah dan bebaskan Kaabah dari cengkaman Wahabi dan Yahudi. Kembalikan Kaabah kepada Allah dan Rasul, agar semua umat Islam kembali kepada Allah.



sumber dari: heliconia.wordpress.com

No comments:

Post a Comment