Kata-kata Netanyahu diluahkan pada kesempatan ulang tahun "Peringatan Penyatuan Quds", iaitu pada hari kita sama-sama memperingati tarikh Naksah - kekalahan 1967 - serta deklarasi Zionis Israel meyahudikan Quds, yang merupakan tarikh keramat mereka memperingati dan memperbodoh-bodohkan kekalahan kesatuan Arab dalam sejarah abad ini !!!.
Setiap kali mereka memperingati ulang tahun kekalahan yang memalukan ini - kekalahan umat Arab dan Islam - para pemimpin Zionis akan memperbaharui persaingan mereka, berlumba-lumba mengumumkan projek-projek skala besar sebagai melahirkan dan menonjolkan rasa bangga idea-idea meyahudi dan mengembangkan penempatan Yahudi di bumi Quds dengan kekuatan harta mereka, dengan keputusan hebat mereka, mencabar masa kini dan akan datang.
Di sini saya ingin memberi amaran kepada kepimpinan Palestin dan pemimpin Arab bahawa kerajaan Netanyahu telah memperuntukkan pada memperingati ulang tahun ini, tahun 2011, sebanyak 296 juta syikal untuk tempoh antara 2011-2016 bertujuan menjadikan Quds bandar pelancongan yang terbesar, pusat penyelidikan terbesar, pusat pembangunan dan industri.
Saya sampaikan berita ini sebagai pertanyaan kepada pemimpin Arab dan Islam, Apa yang telah anda khaskan peruntukan harta/wang dan ketetapan untuk Quds ? Apa yang telah anda khaskan kekuatan untuk keluar dari kekalahan dan penindasan yang dilakukan oleh Zionis terhadap sejarah dan hari-hari memperingatinya ?.
Suka saya ingatkan kepada pemimpin Arab dan pemimpin penjajah Zionis, kesimpulan dari intipati sejarah, bahawa Quds adalah kota Islam dan pusat Isra', Quds sekali-kali tidak akan tunduk pada penjajahan selepas dari pembukaan Islam melainkan pada satu titik dimana pemimpin dan penguasanya berperangai buruk dan lalai, namun ia pasti akan kembali kepada Islam dan umatnya.
Sesungguhnya arahan mengembalikan Quds amat mudah dan ia semakin hampir dari apa yang kita mampu bayangkan, kita hanya perlu membaca sejarah dan mengeluarkan pengajaran darinya, Islam mengajar dan menyuruh umatnya menyemarakkan semangat membara mengubah cara berkempinpinan, dan saya begitu yakin Al-Quds dengan segala kebaikannya walaupun berhadapan dengan berbagai bentuk kesukaran untuk hari-hari yang mendatang, pastinya akan kembali bersatu tetapi pada kali ini dibawah panji-panji Islam dan umat Arab kerana itu adalah janji dan amanah Allah kepada bangsa Arab dan Islam, suruhan ini kekal hingga ke hari qiamat.
Penulis: Dr. Yusuf Zarqa'
Penterjemah: Abu Mohd
sumber dari: amanpalestin.net
No comments:
Post a Comment