Mungkin
ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi
menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke
sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas
sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40
darjah.
sumber dari: beritamy.blogspot.com
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam
dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu,
orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam
hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah
seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari
Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib
berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik
kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah,
Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup
panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang
puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya
terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam
hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika
malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari.
Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi
Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal
tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai
marmar.
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak
keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab
berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan
panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar
masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu
ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah
Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki
peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al
Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya,
tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir
lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima
meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz
sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat
dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang,
terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga
Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan
melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas
Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk
tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat
serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari
3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi
tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa
Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah
juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan
Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang
sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan
untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini
adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang
setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi
melaksanakan Rukun Islam ke-5.
sumber dari: beritamy.blogspot.com
No comments:
Post a Comment