Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday, 14 November 2012

Kaabah dan 1.618....bukan satu kebetulan....




“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)

Harus diingat dan wajib diimani, kedudukan Kaabah di bumi ini (Baitullah) adalah bersetentang dengan Kaabah di langit (Baitul Makmur) iaitu di Sidratul Muntaha. Para Malaikat sentiasa bertawaf tanpa henti. Oleh itu tentu dapat dibayangkan betapa hebatnya "kuasa ritual" yang melimpahi Masjidil Haram di mana terletaknya Kaabah di Kota Makkah itu.

Masih adakah yang ragu?

BUKTI SAINTIFIK KEAJAIBAN RAHSIA TERSEMBUNYI............
Kaabah adalah Pusat Bumi


Kota Makkah adalah satu-satunya tempat di atas muka bumi ini yang terletak bertepatan Titik Nisbah Emas dari semua sudut dan Kaabah pula berada pada Titik Nisbah Emas di Kota Makkah al Mukarramah.


Ia Bukanlah Satu Kebetulan.


Pemalar Phi Nombor Terhebat MATEMATIK, 1.618

Simbol Phi
Nisbah ini wujud dalam setiap penciptaan Maha Pencipta, iaitu Tuhan Semesta Alam - Allah swt.

Dalam denyutan Jantung, nisbah aspek spiral DNA, dalam rekaan istimewa alam semesta yang dinamakan dodecehadron. Dalam penyusunan dedaunan tumbuhan yang panggil phylotaxy Dalam kristal disebut snowflakes Dalam struktur spiral pelbagai Galaksi Pencipta sering menggunakan ratio yang sama. Nombor Nisbah Emas iaitu 1.168
"You will see scientific proofs of unbelievable mysteries that have remained hidden in the Holy City of Mecca for thousand of years with your own eyes. Mecca is willed as direction of kowtow, convention place for billions of Muslims and as the holy center of Islam. Those Muslims, who can afford, are prescribed to arrive go on a journey through Kaaba, Muzdalifah and Arafah and to convene in the sacred city.
Phi Constant- 1.618, superior design number of mathematics. The Creator has always used the very same number in numerous events in the universe; in our heart pulses, the aspect ratio of DNA spiral, in the special design of the universe called dodecehadron, in the leaf array rules of plants called phylotaxy, in the snow flake crystals, in the spiral structure of numerous galaxies. The Creator used the same number; the number of golden ratio which is 1.618…" rujukan ibitians.com
Nisbah Jarak antara Makkah dan Kutub Utara (di bahagi) Jarak antara Makkah dengan Kutub Selatan ialah 1.618......


12348.32 di bahagi 7631.68 = 1.618034299132039679.......

Titik nisbah emas (Number of Golden Ratio) di bumi, menurut penentuan biasa lokasi yang digunakan dalam peta - latitud menunjukkan titik itu adalah Kota Makkah di mana Kaabah berada.

Jelaslah sekarang kepada kita kenapa Allah memilih Makkah sebagai tapak pembinaan Kaabah dan penemuan tersebut mengesahkan bahawa Islam adalah agama yang benar, tanpa sebarang keraguan. Walaupun musuh Islam cuba menafikan kebenaran Islam dengan berbagai cara, akhirnya terbukti melalui ahli sains barat - matematik (bukan Islam) yang menemui formula ini. *
Phidias 450 BC

Acharya Hemachandra 1132 AD

Leonardo Fibonacci 1202 AD

Michael Moestlin 1597 AD
Secara tidak langsung mereka telah membantu kita mendapatkan input terbaik untuk menolak dakwaan musuh Islam yang membenci agama Allah ini. Apa kata Zionis? Apa pendapat pendakwah kristian terhadap bukti ini, bagaimanakah mereka hendak menafikannya?. Bukti kebesaran Allah swt semakin jelas walaupun dari sudud mana sekalipun termasuk ilmu sains yang selama ini dunia Barat agung-agungkan. Mereka sibuk melihat keajaiban ini tetapi tidak bertemu fakta kebenaran Islam.Tidak mustahil juga ada yang menemuinya dan terbuka hati dengan rela menerima Islam. Semua itu atas keizinan Allah jua.

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.



sumber dari: akhzaman.blogspot.com

No comments:

Post a Comment