Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Sunday 2 December 2012

perang jamal





Perang Jamal, dipanggil sedemikian rupa kerana diriwayatkan Sayyidatina Aisyah duduk di atas unta (Jamal) ketika berlakunya perang tersebut. Selepas peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman, yang didalangi oleh kaum munafiqun, yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’, Sayyidina ‘Ali telah dibaiah sebagai khalifah Islam yang ke-4. Pembai’ahan tersebut tidak menjadi masalah kepada sahabat sebenarnya, namun kekacauan mula berlaku apabila waris Sayyidina Uthman meminta supaya hukuman qisas terhadap pembunuh Sayyidina Uthman dipercepatkan dan fitnah mula tersebar. Sayyidina ‘Ali mengambil langkah untuk melewatkan sedikit pelaksanaan hukuman tersebut atas 2 sebab utama;

1)Keadaan Negara yang tidak stabil ketika itu, kerana umat Islam telah berpecah kepada dua belah pihak.

2)Orang yang terlibat dengan pembunuhan Sayyidina Uthman, adalah terdiri daripada kaum Munafiqun dan beberapa orang muslimin yang termakan dengan hasutan kaum munafiqun. Oleh itu, siasatan/kepastian siapa yang benar2 terlibat amat diperlukan.

Walau bagaimanapun, waris Sayyidina Uthman kurang bersetuju dengan ijtihad Sayyidina 'Ali itu. Perpaduan umat Islam goyah ketika itu. Ada yang menggesa supaya pelaksanaan hukuman itu dipercepatkan, ada yang bersetuju dengan Sayyidina 'Ali. Dari hal kerana itu, Sayyidatina ‘Aisyah telah berangkat ke Basrah bersama-sama dengan sekumpulan muslimin untuk mencari penyelesaian terhadap perpecahan umat Islam, yang tercetus angkara peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman. Jelas di sini, keberangkatan Sayyidatina ‘Aisyah bukanlah bermaksud utk berperang, namun lebih kepada mencari perdamaian. Hal ini dinyatakan di dalam al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal (diteliti oleh Ahmad Syams al-Din; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 83.

Dan ketika menghampiri Basrah, kumpulanSayyidina ‘Ali telah bertemu dengan kumpulan yg dibawa oleh Sayyidatina ‘Aisyah. Dan hasil dari pertemuan tersebut, kata sepakat telah diambil, iaitu untuk mempercepatkan proses hukuman terhadap pembunuh2 yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Sayyidina Uthman. Segala2nya kelihatan selesai, namun tidak bagi pihak yang bertanggungjawab merancang dan melakukan pembunuhan Sayyidina Uthman. Bagi mereka, perdamaian tersebut merupakan bencana buat mereka. Untuk mengelakkan diri mereka daripada dihukum, sekali lagi mereka membuat onar. Pada awal pagi keesokan harinya (sehari selepas pertemuan Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina ‘Aisyah), kaum munafiqun ini telah menyerang kumpulan Sayyidatina ‘Aisyah. Dalam keadaan terkejut dari tidur, kumpulan Sayyidatina ‘Aisyah menyangka bahawa mereka diserang oleh kumpulan Sayyidina ‘Ali. Tanpa membuang masa, mereka terus menyerang balas dengan tujuan utk melindungi diri, kerana terasa perjanjian telah dikhianati. Di pihak Sayyidina ‘Ali pula, apabila mereka menerima serangan dari pihak Sayyidatina ‘Aisyah, kumpulan Sayyidina ‘Ali turut menyerang balas. Pendek kata, kedua-dua pihak merasakan diri masing-masing dikhianati. Maka, tercetuslah peperangan yang dinamakan perang Jamal.



Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) telah meringkaskan peristiwa tersebut: “Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]

Kekesalan jelas tergambar di kalangan umat Islam ketika itu, terutama Sayyidatina 'Aisyah. Namun segala2 telah terjadi. Kebenaran hanya diketahui selepas dari peperangan berlaku. Jika dilihat kisah di atas, beberapa pengajaran yang boleh didapati;

Bagaimana liciknya kaum munafiqun memainkan jarum, menyelinap dan menyusup di celah2 umat Islam, untuk menimbulkan huru-hara. Mereka gemar menyebarkan fitnah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka ada di setiap zaman. Berhati-hatilah…

Bahaya salah faham. Jika kita lihat kisah di atas, bagaimana salah faham telah menyebabkan perang tercetus dan hampir 10000 umat Islam, termasuk sahabat telah meninggal dunia. Bukankah itu satu kerugian terhadap dunia Islam??

Ketidaksefahaman membawa kepada perpecahan. Ketidak sefahaman umat Islam ketika itu yg bergolak slps pembunuhan Sayyidina Uthman, telah menyebabkan pelbagai maslah. Pentadbiran Negara terganggu, perpecahan umat Islam, musuh semakin berleluasa. Perbincangan dan mesyuarah merupakan salah satu cara terbaik utk menyelesaikan masalah ini.

Sifat terlalu taksub dengan seseorang, sehingga sanggup mengenepikan kemaslahatan umat Islam. Segolongan umat Islam ketika itu yang terlalu taksub dengan Sayyidina ‘Ali sehingga ada yang menolak akan khalifah Uthman. Ketaksuban ini, ditambah dengan fitnah pihak munafiqun telah membawa kepada pembunuhan Sayyidina Uthman.

Perpecahan dan timbulnya pelbagai fahaman. Dimulai dengan firqah khawarij, yg tidak puas hati dengan Sayidina ‘Ali dan Mu’awiyah , yang terlalu taksub dengan Sayyidina ‘Ali, kemudian Syiah,Mu’tazilah, Murji’ah, Jahmiyyah, Qadariyyah, Jabariyyah dan lain2 lagi. Walau apapun ''khlilaf''(selisih fahaman) adalah RAHMAT

Sejarah telah membuktikan bahawa fitnah, ketidaksefahaman, salah faham telah mencetuskan pelbagai perkara yang boleh mencalar sejarah. Ia mendatangkan 1001 perkara yang pasti sahaja tidak menyenangkan. Mengapa perlu diulang kembali kesilapan yang pernah berlaku satu ketika dahulu. Orang Islam adalah orang yang bijak, dan orang yang bijak tidakkan jatuh ke dalam lubang yang sama berulang-kali. Dan orang yang paling bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan/pengalaman orang lain.~wallahullam



sumber dari: jaksa-yadim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment