Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 10 December 2012

bolehkah dijamakkan solat bagi kes-kes terdesak






Saya inginkan kepastian, bolehkah dijamakkan solat bagi kes-kes terdesak seperti seorang doktor bedah yang menjalankan pembedahan atau seorang pelajar diluar negara yang sedang menduduki peperiksaan?

Jawapan:

Kebanyakkan ulama tidak membolehkan jamak solat dalam kes-kes ini. Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i tidak memberi pilihan kecuali mesti melaksanakan solat pada masanya. Jika tidak mampu, maka ia wajib mengqada solat yang ditinggalkan. Ia tidak berdosa insya-Allah kerana alasan tersebut.

Hanya mazhab Hanbali yang membuka kelonggaran dalam kes-kes seperti ini. Menurut mazhab Hanbali, sesorang boleh menjamakkan solat kerana kerperluan penting yang tidak dapay dielakkan. Seorang doktor bedah yang menjalankan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa memerlukan masa yang panjang, maka boleh baginya menjamakkan solatnya. Dia boleh memilih antara jamak takdim atau jamak takhir sesuai dengan keadaannya.

Begitu juga seorang polis trafik yang bertugas menjada lalu lintas sekitar waktu Maghrib hingga Isyak yang tidak mampu melakukan solat pada masanya. Maka boleh baginya menjamakkan kedua-dua solat tersebut mengikut mazhab Hanbali.

Fatwa Ulama Semasa

Kedua-dua isu ini turut difatwakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitab Fatawa al-Mua’sarah.
Menurut Wahbah al-Zuhaili, solat jamak dibolehkan bagi pekerja Muslim yang berkerja dengan syarikat yang tidak memberi peruntukan masa untuk solat dan dia juga tidak berkesempatan melakukan dalam waktu-waktu akibat jenis pekerjaannya.

Begitu juga halnya sesorang yang bertugas mengawasi alat-alat tertentu setiap saat dan tidak dapat meninggalkannya walau hanya sekejap. Demikian penjelasan beliau dalam Qadaya al-Fiqh wa al-Fikr al-Mu’asir.

Jangan Sewenang-wenangnya

Walau bagaimanapun, kita sangat dianjurkan agar mengatur masa dengan baik agar dapat melaksanakan solat tepat pada waktunya. Kita tidak boleh menjamakkan solat sewenang-wenangnya. Keperluan dan desakan ringan seperti menguruskan kenduri perkahwinan, menjadi pengantin, membeli belah di pasar dan lain-lain tidak boleh dijadikan sebab. Justeru dalam semua kes ini, kita tetap dituntut menjaga solat pada masa-masanya.

Takutlah kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui gerak hati setiap manusia. Allah Maha Tahu siapa yang benar-benar layak mendapat keringanan dan siapa yang tidak. Seorang Muslim yang baik selalu berusaha melaksanakan solat dengan sempur dan tidak mencari-cari keringanan. Mementingkan solat petanda ketinggian darjat sesorang di sisi Allah s.w.t Wllahu a’lam.



sumber dari: alustaz.net

No comments:

Post a Comment