Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 10 December 2012

Diam Dan Senyum Tanpa Berkata Apa-Apa






”Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan prasangka maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya”.
Saidina Umar Al Khatab




Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan nasihat Imam Syafi’i iaitu :
“Apabila berkata kepadamu orang ‘safih’ ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya…maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap”



Lalu, diam itu jugalah penyelesaian paling sejahtera untuk menjernihkan keadaan.
Bersama kita menghayati sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Di alam internet yang serba mudah ini, , Postkan gambar yang baik-baik atau diam sahaja, kerana sekeping gambar boleh mengundang 1001 cerita..

Diam Dan Senyum Tanpa Berkata Apa-Apa..
Dari berbalas komen yang tiada membawa pahala sebaliknya membuahkan dosa.
Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.



sumber dari: khalifahgayong.wordpress.com

No comments:

Post a Comment