Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday 10 December 2012

Hawa Di Mata Saidina Umar..



Hawa



Pada pandangan Saidina Umar Al-Khattab, wanita ini ada 3 jenis :-
Pertama“Wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini.
Kedua“Wanita yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu.
Ketiga“Wanita yang seperti dibelenggu. Sesungguhnya Allah kalungkan kepada orang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia mengkehendakinya. Tiada apa-apa kelebihan sebagai wanita.
Jadi wanita, mana satu pilihan untuk anda? Anda memilih untuk jadi wanita jenis yang pertama, kedua atau ketiga? Aku sendiri tak berapa faham apakah maksud sebenar antara ketiga-tiga jenis wanita yang dikategorikan oleh Saidina Umar Al-Khattab ini. Harap ada sesiapa yang lebih arif boleh menerangkan tentang hal ini.

Pinangan Saidina Umar Al-Khattab ditolak sebanyak 3 kali !

Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. 

Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”

“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.

“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.

Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.

Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.”

Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!

Jadi, jangan bimbang sekiranya pinangan anda ditolak. Manusia yang sudah dijanjikan syurga pun boleh ditolak pinangannya, inikan kita yang serba daif lagi kekurangan ini. Anggaplah jodoh masih belum tiba dan Allah menjanjikan pasangan yang lebih baik untuk kita.



sumber dari: umarfaruq.com

No comments:

Post a Comment