Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Monday, 10 December 2012

suka kepada 3 perkara di atas dunia





Suatu ketika Nabi saw duduk bersama dengan sahabatnya termasuklah bersama dengannya 4 orang sahabat yang besar seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman al-‘Affan dan Ali bin Abi Thalib.
Nabi saw bertanya kepada Abu Bakar terlebih dahulu, karena Abu Bakar adalah manusia yang paling mulia, paling kuat, paling afdhal setelah Nabi saw dan dia adalah lebih tua berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain.
Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?
Abu Bakar as-Siddiq : “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”
Nabi saw : “Apa dia ya Abu Bakar?”
Abu Bakar as-Siddiq : “Aku suka melihat kepada engkau ya Rasulallah saw, duduk di hadapan engkau ya Rasulallah saw, dan aku suka menginfaqkan harta kerana engkau ya Rasulallah saw.”


         Kemudian Nabi saw bertanya pula kepada Umar al-Khattab.
Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”
Umar al-Khattab : “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”
Nabi saw : “Apa dia ya Umar?”
Umar al-Khattab : “ Aku suka untuk berkata benar walaupun ianya pahit, menyuruh kepada kebaikan walaupun ianya kecil, dan mencegah daripada kemungkaran walaupun ianya terpaksa berterus –terang”.


          Kemudian Nabi saw bertanya pula kepada Othman al-‘Affan
Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”
Othman al-‘Affan: “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”
Nabi saw : “Apa dia ya Othman?”
Othman al-‘Affan : “Aku suka memberi makan kepada orang yang memerlukan, menyebarkan salam, dan mendirikan solat di waktu malam tatkala manusia sedang nyenyak tidur.”


          Kemudian Nabi saw bertanya pula kepada ‘Ali bin Abi Thalib.
Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”
‘Ali bin Abi Thalib : “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”
Nabi saw : “Apa dia ya ‘Ali?”
‘Ali bin Abi Thalib : “Aku suka untuk berpuasa walaupun ketika berada di bawah panas yang terik, memulikan tetamu, dan membunuh musuh di medan perang dengan pedangku ini.”  

         Lalu Rasulallah saw sendiri menyatakan bahawa Baginda saw juga suka kepada 3 perkara di atas         dunia ini.
Sahabat : “Apakah ia ya Rasulallah saw?”
Rasulallah saw : “Aku suka akan wangi-wangian, isteri-isteri aku yang aku telah muliakan mereka, dan dijadikan perkara yang dapat menyejukkan mata aku dengan urusan solat.”






sumber dari: madahannan.wordpress.com

No comments:

Post a Comment