Surah
Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang
keras terutamanya.sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas
dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat
pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a
yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya
dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad
SAW.
Beliau
seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat
berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas
dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan
pula kita yang lemah semangat.
Semasa
Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar
mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara
orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut
ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa
beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah
memeluk Islam.
Saidina
Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam
keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya
berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis
ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan
mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam
pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas
peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan
darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644)
bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di
dalam Khulafa al-Rasyidun.
Sebuah
hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW
berkata:
“Apabila
Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya
seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”
Setelah
memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat
membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para
sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : “Pada
suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita
dalam kebenaran ?”
Jawab
Rasulullah SAW: “Benar”
Aku
berkata lagi: “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?”
Kemudian
kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina
Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua
dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini,
lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!
Dengan
islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat.
Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah
peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani
menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.
Terjemahan
Ayat 1 – 5 (Surah Taha).
1.
Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.
Bacaan
Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah…
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah…
Wallahu’alam….
sumber dari: ariffhashim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment