Suatu hari ketika Sayyidina ‘Ali sedang berada dalam pertempuran di mana pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh lalu Sayyidina ‘Ali berdiri di atas musuhnya itu sambil meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu,dia berkata: “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan meneruskankan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah maka aku tidak boleh menyerangmu.”
“Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu,” orang itu berteriak balik.
"Baiklah jika begitu," jawab Sayyidina 'Ali lalu beliau menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.
"Apa yang sedang kamu lakukan", tanya orang itu kebingungan. "Bukankah saya ini musuhmu?"
Sayyidina Ali memandang tepat di matanya dan berkata, "Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu maralah dan seranglah aku". Tetapi orang itu tidak mampu.
"Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata," jelas Sayyidina 'Ali. "Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijaksanaanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku mesti dipertanggungjawabkan tentangnya pada hari kiamat nanti. Allah akan menyoalkan hal ini kepadaku."
“Inikah cara Islam?” Orang itu bertanya.
"Ya," jawab Sayyidina 'Ali, "Ini adalah firman Allah, yang Maha Kuasa dan Bijaksana"
Dengan segera, orang itu bersujud di kaki Sayyidina 'Ali dan memohon, "Ajarkan aku syahadat."
Lantas Sayyidina 'Ali pun mengajarkannya, "Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah."
Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya apabila Sayyidina ‘Ali menjatuhkan lawannya lalu meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menghunuskankan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi sekali lagi beliau tidak membunuh orang itu.
"Mengapa kamu tidak membunuh aku?" Orang itu berteriak dengan marah.
"Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?" Dan dia meludahi muka Sayyidina 'Ali.
Pada mulanya Sayyidina 'Ali merasa marah tetapi kemudiannya beliau mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya. "Aku bukan musuhmu", Sayyidina Ali menjawab. "Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang aku lawan. Perbuatan buruk itu akan terakam atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu."
“Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?” orang itu bertanya.
"Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan". Sayyidina 'Ali menjelaskan kepadanya. "Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk membunuhmu, aku tak boleh."
"Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?"
"Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam."
Dengan segera orang itu tersungkur di kaki Sayyidina ‘Ali dan dia juga diajar mengucap dua kalimah syahadah.
sumber dari: mahatera.blogspot.com
No comments:
Post a Comment