Orientalis
dan golongan Syiah menggambarkan Talhah r.a. dan Zubair r.a. sebagai dua orang
sahabat yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi. Digambarkan bahawa Talhah
r.a. ingin menguasai Yaman dan Zubair r.a. ingin menguasai Iraq.
Ini adalah
dakwaan yang tidak berasas. Kita sebagai pengikut ahli sunnah wal jamaah
sepatutnya meletakkan sahabat r.a. keseluruhannya pada kedudukan tinggi dan
mulia. Itulah wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita:
“Sahabat-sahabatku seumpama
bintang-bintang di langit. Sesiapa yang kamu jadikan sebagai ikutan, nescaya
kamu akan mendapat petunjuk.”
Punca
dakwaan-dakwaan tersebut adalah kerana mereka meletakkan sahabat-sahabat r.a.
sama seperti manusia biasa yang lain. Dikaji sebagai tokoh-tokoh dalam sejarah
yang mempunyai sifat-sifat kelemahan sebagai manusia sehingga sampai ke
peringkat menafikan ketulusan jiwa dan keikhlasan mereka. Mereka diletakkan sama
seperti Ghandi, Abraham Lincoln, Karl Marx, Lenin, Stalin dan tokoh-tokoh yang
lain; ada pencapaian hebat yang mereka lakukan di samping ada kesilapan yang
boleh dikritik tanpa batas. Sedangkan kita dalam mengkaji kisah-kisah sahabat
r.a. tidak akan sekali-kali mengaitkan kesilapan ijtihad mereka dengan ketulusan
niat dan keikhlasan mereka dalam mencari redha Allah. Paling jauh kita akan
mengatakan bahawa mereka berijtihad dan silap dalam ijtihad. Itu sahaja dan
tidak lebih dari itu. Mereka mendapat pahala dari ijtihad mereka. Apa yang
mereka lakukan hanya kerana ingin menyatukan umat Islam, membersihkan kota
Madinah dan masyarakat Islam pada masa itu dari penguasaan pemberontak; niat
yang dikongsi bersama dengan semua sahabat r.a. termasuk Saidina Ali r.a.
Jadilah seperti apa yang diarahkan oleh Allah kepada kita:
“dan
orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (iaitu Muhajirin dan
Ansar) berdoa: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara
kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan
rahmatMu.”
(Al-Hasyr:
10)
Selain dari
prinsip kita di dalam memberikan satu kedudukan yang tinggi kepada sahabat r.a.,
peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum perisitiwa ini juga menyokong pandangan
kita. Talhah r.a. dan Zubair r.a. adalah dua dari 10 sahabat yang dijamin masuk
syurga oleh Rasulullah s.a.w. Kedua-duanya adalah di antara sahabat terawal
memeluk Islam. Kedua-dua mereka didakwahi oleh Saidina Abu Bakar r.a. 10 sahabat
yang dijamin masuk syurga adalah satu kelompok terbaik sesudah para Nabi a.s.
Talhah dan Zubair r.a. di antaranya.
Mereka
telah bersama Islam untuk satu tempoh yang panjang. Bersama bukan sahaja ketika
kegembiraan di peristiwa pembukaan Mekah atau ketika ketika Islam berjaya
memerdekakan al-Quds di zaman Saidina Omar r.a.. Juga bukan sahaja ketika
empayar Parsi keseluruhannya tumbang setelah pukulan terakhir tentera Islam di
bawah pimpinan Saad r.a. Tetapi juga bersama dalam setiap kedukaan; di dalam
peperangan Uhud, di dalam peristiwa Hudhaibiah, kisah fitnah Aisyah r.a.,
peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w., pembunuhan Saidina Omar dan Saidina Osman
r.a. dan lain-lain kisah duka. Mereka bersama Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun,
bersama Saidina Abu Bakar selama dua tahun, bersama Saidina Omar selama 10 tahun
dan bersama Saidina Osman selama 12 tahun. Selama lebih 47 tahun bersama
pimpinan-pimpinan Islam di dalam suka dan duka, bersama-sama melakar sejarah dan
memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Sepanjang tempoh ini tidak pernah
kedengaran berita atau desas desus pembelotan mereka. Bagaimana pula tiba-tiba
ketika Islam di dalam keadaan yang paling lemah ini, ketika semua sahabat r.a.
menolak untuk menjadi khalifah, mereka dikatakan mempunyai cita-cita politik
tersendiri? Ini adalah dakwaan yang tidak berasas.
Oleh kerana
itu, methodologi kita lebih tepat di dalam menafsirkan sejarah. Segala-galanya
nampak berkait dengan kemas.
Berdasarkan
peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 47 tahun itu, kita nampak satu lagi
peristiwa yang melengkapkan tanggapan kita dan menolak tanggapan orientalis dan
golongan Syiah adalah peristiwa bai’ah Saidina Ali r.a. Sesudah Saidina Ali r.a.
memberikan persetujuan, berlakulah majlis bai’ah sebagaimana yang berlaku pada
khalifah-khalifah sebelumnya. Para sahabat r.a. adalah orang-orang yang telus.
Siapa yang memberikan bai’ah, dia memberikan bai’ah dalam keadaan sedar dan
ikhlas. Sesiapa yang tidak bersetuju, menyatakan ketidaksetujuannya seperti
nama-nama yang dituliskan di awal artikel ini.
Orang
pertama yang memberikan ba’iah sudah tentulah orang yang penting dan yang paling
setia kepada khalifah yang baru ini. Orang pertama ini penting kerana umat Islam
akan melihat dan mencontohi mereka. Siapakah orang pertama yang memberikan
bai’ah kepada Saidina Ali r.a.? Orientalis dan Syiah tidak suka kita mendedahkan
hakikat ini. Orang pertama yang memberikan bai’ah adalah Talhah bin Ubaidillah
r.a. Dia naik memberikan bai’ah lalu berkata:
“Kami
telah berbincang dan kami redha Ali sebagai khalifah. Wahai umat, berbai’ailah
kepadanya. Ada pun tentang pembunuhan Osman, kita katakan bahawa kita serahkan
urusannya kepada Allah.”
Orang kedua
yang memberikan bai’ah pula adalah Zubair bin Awwam r.a. Dia naik dan mengulangi
kata-kata Talhah r.a.
sumber dari: ainohikari-kun.blogspot.com
No comments:
Post a Comment