Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Friday, 26 October 2012

sejarah Madinah -wikipedia




Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.

Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.

Penghijrahan dari Makkah ke Madinah

Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.


Masjid an-Nabawi di Madinah, tempat kedua paling suci dalam Islam

Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Banu Qainuka'a, Banu Nadhir dan Banu Qurayza). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.


Imej satelit kota Madinah.

Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Perang Makkah-Madinah


Pemandangan matahari terbenam di Madinah.

Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim. Menurut Sahih Bukhari, pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saad ibni Muadh.
Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.

Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.
Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.



sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment