Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Friday, 26 October 2012

mekah -wikipedia






Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.


Makkah terletak pada ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada aras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid terdapatnya kawasan bandar lama. Jalan-jalan utama di situ adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan juga diluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan. Rumah-rumah tradisional dibina menggunakan batu-batu tempatan dan setinggi dua hingga tiga tingkat. Bandar raya ini mempunyai beberapa kawasan sesak di mana jemaah-jemaah miskin yang tidak dapat membiayai bayaran perjalanan pulang selepas menunaikan fardhu haji menetap. 

Kota Makkah terletak 600km dari kota Madinah dan lebih 200km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas dan mencecah sehingga 40 °C (104 °F).


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment