Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi IbrahimBekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik.Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah
Hijir Ismail
Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.Berdasarkan kepada sabda Rasulullah
Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.
Telaga Zam Zam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
sumber dari: ms.wikipedia.org
No comments:
Post a Comment