Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Saturday, 27 October 2012

Masjid Al-Aqsa -wikipedia






Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.
Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya.

Masjid ini ditadbir oleh pihak Wakaf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.


Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Israk dan Mikraj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632).

Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada Masjidil Haram (di Mekah,selatan Arab Saudi). Hingga ke masjid paling jauh iaitu Masjid al-Aqsa, dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammad menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.


sumber dari: ms.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment