Kiblat
Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,- "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).
- "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)
- "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).
Diharamkan Untuk Menumpahkan Darah
Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Tuhan,- "Janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)
Haji
Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu- Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali Bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Jemaah hendaklah berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain, jika bertukar tujuan, tidak dikira sebagai tawaf. tawaf hendaklah Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.
- Sa'i. Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.
Umrah
Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah boleh dilaksanakan di sepanjang tahun. Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Umrah boleh di tunaikan sebelum menunaikan haji iaitu menunaikan umrah dahulu atau selepas menunaikan haji.sumber dari: ms.wikipedia.org
No comments:
Post a Comment