Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).
Monday, 29 October 2012
Kedinginan Madinah Menggamit
MADINAH AL-MUNAWARAH – 12 February 2001
Saya terjaga apabila bas berhenti di salah satu check point. Suatu pengalaman baru dapat dipelajari rupa-rupanya orang arab ni memang suka melakukan kerja-kerja kearah kebaikan. Mereka suka bersedekah ke jalan fisabilillah . Diperhentian ini 2 orang berbangsa arab menaiki kedalam bas dan memberi kami beberapa jenis roti, buah-buahan dan juga air mineral. Syukran… syukran…
Bercakap pasal makan, sememangnya mencukupi keperluan saya disepanjang perjalanan tersebut. Setelah urusan di check point selesai, pemandu bas berkata sesuatu dengan bahasa isyarat kepada salah seorang jemaah yang berada dihadapan. Selepas itu kelihatan jemaah tersebut bersuara agar semua jemaah yang berada didalam bas menghulurkan sedikit saguhati kepada pemandu tersebut. Saya tak ambil kesah sangat sebab suami akan uruskan. Bas yang kami naiki kembali bergerak menuju kedestinasinya. Saya sempat menjamah sedikit roti yang diperolehi sebentar tadi. Eemmm…. sedap betul…..memang sedap……..tak sedar seketul roti tersebut telah habis dimakan. Saya kembali melelapkan mata yang masih mengantuk dan keletihan.
Sekali lagi tidur saya terganggu apabila bas berhenti disalah satu perhentian. Jam ditangan menunjukkan hampir pukul 12.00 pagi. Pemandu memberi isyarat untuk pergi makan. Tidak ramai jemaah yang turun. Hampir 1 jam menunggu, kelibat pemandu bas masih tidak kelihatan sedangkan semua jemaah sudah pun berada didalam bas. Tidak lama kemudian baru lah ia muncul. Beginilah kerenahnya….. Apa yang lebih mengecutkan perut kami iaitu apabila dia memberitahu bahawa beg yang berisi passport kami telah hilang. Selepas itu dia meminta kami memberikan sedikit lagi saguhati dan berpura-pura mencari beg yang dikatakan hilang tadi. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, sekali lagi kutipan dilakukan. Inilah yang dinamakan baghsis agaknya…… Perjalanan diteruskan lagi.
Lebih kurang pukul 3.30 pagi, sekali lagi kami berhenti di sebuah stesen minyak. Cuaca diluar begitu dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku hanya berehat didalam bas. Perjalanan kami sudah pun menghampiri bandar Madinah. Perjalanan diteruskan kembali. Perumahan dikiri kanan perjalanan sudah mula kelihatan. Cahaya api neon dari perumahan tersebut menerangi kegelapan pagi. Dalam kedinginan pagi
tersebut, Masjid Nabawi sudah jelas kelihatan, tersergam indah… tak sabar rasanya untuk cepat kesana. Laungan azan pertama telah pun kedengaran. Bas berhenti diperkarangan sebuah hotel, namun itu bukanlah hotel penginapan kami. Kami semua naik kembali kedalam bas dan menuju ke hotel yang sepatutnya.
Lebih kurang pukul 4.30 pagi barulah kami sampai ke hotel penginapan iaitu Hotel Mawaddah. Terletak di zon 2. Disini Tabung Haji meletakkan lambang pensil sebagai pengenalan tempat penginapan kami. Jarak dari hotel ke Masjid Nabawi lebih kurang 50 meter sahaja. Memang begitu dekat sekali.
Saya dan suami check in dan ditempatkan dibilik ditingkat 1. Saya berkongsi bilik bersama tiga lagi jemaah yang lebih berusia. Untuk lebih mesra, saya memanggil mereka dengan panggilan Mak Long Sapiah, Long Jamilah dan Makcik Hatiah. Kesemua mereka berasal dari Pulau Pinang. Sewaktu sampai di Madinah, saya baru saja menyambut hari lahir yang ke 45 tahun. Bagi saya angka 4 dan 5 mempunyai pengertiannya tersendiri. Sebelum ini didalam rukun islam, saya hanya mampu melakukan 4 perkara sahaja, namun kini dengan permergian mengerjakan haji, maka genaplah 5 rukun islam tersebut keatas diri saya.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah sepatutnya mengambil masa lebih kurang antara 6 hingga 7 jam sahaja. Namun bas yang kami naiki telah melewati masa yang begitu panjang sehingga pukul 4.30 pagi barulah kami sampai ke Madinah.
Alhamdulliah, kini….. kami sudah pun berada di bumi haram Madinah. Kedinginan Madinah menggamit kedatangan saya dengan penuh kesabaran. Saya dan rakan sebilik menunaikan fardhu subuh di tempat penginapan sahaja….
Sementara menunggu pukul 6.30 pagi, oleh kerana masih keletihan, saya sempat merebahkan badan ditilam empok yang telah tersedia. Terlelap seketika… ZZzzz……
sumber dari: rusnah.wordpress.com
Labels:
Madinah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment