Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 31 July 2013

Travelog 3 Masjid (Aqsa, Masjidil Haram & Masjid An-NAbawi)-Part 1




Perjalanan bermula di KLIA pada jam 12.55am waktu Malaysia menaiki pesawat Royal Jordanian dan tiba di Queen Aliaa International Airport pada jam 6.15pagi waktu Jordan (atau jam 12.35pm waktu Malaysia). Urusan di imigresen agak lambat dan selesai pada jam 8.30 pagi. Cuaca di luar airport teramat sejuk dan kami segera menaiki bas menuju ke hotel di bandar Amman untuk meletakkan beg besar kami. Berbekalkan hand luggage yang memuatkan persalinan 2H1M, kami menuju ke sempadan Israel-Jordan untuk memasuki bandar Jericho.

Urusan di sini border jordan mudah tetapi berbeza dengan urusan di border Israel dimana kami terkandas hampir 5jam di imigresen mereka. Sikap diskriminasi dan kebencian mereka kepada pelwat Muslim jelas terpancar dengan cara perbezaan layanan mereka terhadap kami berbanding layanan terhadap rombongan dari Singapura yang cuma mengambil masa setengah jam sahaja. Rata-rata jemaah lelaki kami yang mempunyai nama “Muhamad menghadapi masalah ketika hendak mendapatkan pas. Mengikut wakil gent kami, ini adalah perkara biasa dan Alhamdulillah kami akhirnya dapat juga lepas. Dikhabarkan ada juga rombongan yang tidak dapat lepas sempadan dan terpaksa pulang semula ke Amman.

Seterusnya kami di bawa ke Mount of Temptation untuk makan tengahari. Menariknya, lokasi restoran kami adalah diatas bukit yang mempunyai pemandangan keseluruhan Jericho dan perlu menaiki cable car untuk sampai ke atas. satu pengalaman yang amat menarik.

Di kaki bukit...
Di kaki bukit…

Ramai jemaah yang gayat. Macam gondola di genting
Ramai jemaah yang gayat. Macam gondola di genting

Monastery of Temptation.
Monastery of Temptation.

Usai makan dan mengambil gambar, kami di bawa melawat Makam Nabi Musa yang terletak di tengah-tengah padang pasir tandus. Kami bersembahyang Jamak takhir di masjid ini dan berdoa di depan makam tersebut. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada Nabi Musa benar-benar meninggal disini atau tidak. Dikhabarkan, makam ini dibina hanya sebagai peringatan.

Di pintu masuk masjid
Di pintu masuk masjid

Makam yang terletak di satu penjuru masjid.
Makam yang terletak di satu penjuru masjid.

Seterusnya destinasi yang ditunggu-tunggu, kami di bawa ke Jerusalem untuk melawat Old City dimana terletaknya Masjid Al-Aqsa dan perancangannya kami akan bersembahyang maghrib dan Isyak di sana. Sebelum sampai ke situ, kami di bawa ke Bukit Zaitun (ala-ala Bukit Permai di KL yang mana kita boleh melihat keseluruhan bandar Jurusalem). Dari jauh kelihatan Kubah Emas masjid Sakrah yang selama ini menjadi simbol bandar suci pertama umat Islam ini. Masjid Al-Aqsa adalah kira-kira 100 meter dari situ. Sangat cantik kubah emas ini dilihat di gambar, di TV mahupun secara langsung dari jauh.

Memang cantik pemandangnya tapi bila ambik gambar tak berapa cantik sebab waktu tu dah gelap. Suhu ketika itu adalah 5 darjah celcius.. Memang sampai ke tulang sejuknya. SEtelah puas bergambar (walaupun tak berapa puas hati) kami pun menuju ke Old City. Dalam perjalanan kami sempat melalui perkuburan Rabiatul Adwiyah, Ahli Sufi wanita terkemuka. Mutawif sempat menceritakan serba sedikit kisah Rabiatul Adawiyah ini dan jemaah mendapat banyak info.

Bawah Sakhra
Di bawah batu tempat nabi Muhamad berpijak ketika hendak naik ke langit. terdapat ruang solat untuk 10 orang.

Dome of Rock @ Sakhra
Dome of Rock pada waktu malam.

Entrance to Dome of Rock mosque
Entrance ke masjid skhra @ Dome of Rock.

Didalam tembok itu terdapat lebih banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai benda. Dari situ setelah berjalan kira-kira 10 minit sampai ke sebuah pintu yang dijaga oleh askar Israel.

Saya ditanya”You Muslim?”
Saya jawab “Yes”

Dipandangnya saya atas dan bawah. Setelah diperiksa saya dibenarkan masuk.
Dalam hati, perasan marah bercampur sedih kerana nak masuk kawasan tanah suci pun terpaksa diperiksa oleh askar Yahudi. Namun saya difahamkan, mereka di situ untuk menghalang kemasukkan orang Kristian atau Yahudi ke kawasan suci orang Islam. Pernah terdapat peristiwa pelampau yahudi yang cuba membakar Masjid Aqsa satu ketika dahulu.

Selepas melepasi pemeriksaan itu, saya mula nampak kubah Emas ini yang selalu kita lihat. Untuk pemahaman semua, kubah ini adalah Kubah Sakhrah dan bukan Masjidil Aqsa, namun kawasan Masjidil Aqsa atau Al-Haram Al-Sharif bermaksud seluruh kawasan termasuk Kubah Sakhrah ini. Kubah ini juga adalah sebuah masjid. Seluruh kawasan ini adalah tanah suci bagi orang Islam.

Kubah ini dibina di atas sebuah batu yang dipercayai menjadi tempat Nabi Muhamad naik ke langit sewaktu peristiwa Israk Mihraj.

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah.

Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa diBaitulmuqaddis dalam sekelip mata.
Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda.

Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata “Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar“. Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Bawah Sakhra
Di bawah batu tempat injakan nabi naik ke langit.

Gambar batu terapung dari atas. Gambar courtesy of qhazanah.wordpress.com
Gambar batu terapung dari atas. Gambar courtesy of qhazanah.wordpress.com

Boleh lawati  http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/ untuk bacaan lanjut mengenai batu terapung ini.

Setelah puas melihat setiap sudut Masjid Sakrah ini kami menuju pula ke Masjilid Aqsa, sebuah masjid yang lama yang sangat didengari oleh kita, namun tak ramai yang tahu rupa bentuk masjid ini. Sedikit preview gambar-gambar yang sempat di snap..

Aqsa  2
Dari depan..

Aqsa 1
Kawasan imam

Depan mimbar
Depan mimbar Salahudin Al Ayubi yang di bina semula kerana telah dimusnahkan.

Entrance ke masjid Aqsa
Entrance Al-Aqsa

Kubah Aqsa
Kubah Aqsa dari dalam

Signage di kaki bukit Old City
Signage di kaki bukit old city @baitulmaqdis

Kami sempat bersembahyang sunat di Masjid Aqsa. Kebetulan ketika kami sampai, baru lepas solat Isyak dan kami merupakan pelawat terakhir yang dibenarkan masuk untuk malam itu sebelum ianya ditutup. Syahdu terasa dihati bila mana kita dapat bersembahyang dengan aman di masjid tersebut dan membayangkan betapa bertuahnya kami dapat sampai di Masjid tersebut. Teringat satu hadis Nabi yang bermaksud lebih kurang  begini ” bersungguh-sungguhlah kamu ke tiga tempat ini iaitu Masjidil Haram, Masjid An-nabawi dan Masjid Haram Al Syarif (Aqsa)”

Mengikut tourist guide kami, jika orang palestin yang berusia 45 tahun ke bawah berhajat untuk bersembahyang di Masjid Al-Aqsa, mereka perlu membayar $20.. Bayangkan betapa sedihnya kami bila mengenangkan betapa susahnya rakyat palestin untuk solat di situ, kami memanjatkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Allah dan berdoa agar satu hari semua umat islam dapat datang solat di Masjid ini. Selepas itu, kami pulang dan makan alam di hotel kami. Sepanjang perjalanan hati masih sayu mengenangkan perjuangkan orang islam untuk mengekalkan Masjid Al-Aqsa di bawah penguasaan orang Islam.

To be continue in Part 2…


sumber dari: mummyharis.wordpress.com

No comments:

Post a Comment