Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, Katakanlah (Muhammad),
‘Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)
(Al-Kahfi:109).

Wednesday 31 July 2013

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Menara Jam Diraja Makkah






Assalammualaikum wbt kepada pembaca yang dirahmati Allah,

Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai ‘Makkah Clock Royal Tower’ (Menara Jam Diraja Mekah) adalah sebuah kompleks utama di Kota Suci Makkah, Arab Saudi. Tapak kompleks ‘Abraj Al-Bait Towers’ ini mengandungi bangunan kediaman dan kompleks hotel yang terdiri daripada 7 menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram (Haram al-Sharif) yang menempatkan Kaabah.

Projek ini bertujuan untuk menjadikan masa Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat Jam Masa terbesar dan utama dunia seperti di London, Paris dan New York dan Tokyo.

‘Makkah Clock Royal Tower’ yang enam kali lebih besar daripada Menara jam Big Ben yang terkenal di London, turut mempunyai balkoni untuk pelawat di bawah setiap jam. Jam Mekah ini disasarkan akan menjadi ‘Pusat Masa Makkah’ iaitu pangkalan Coordinated Universal Time “T-U-C” dan penunjuk jam terkemuka dunia.

Bersejarah

Binaan bersejarah yang dimulakan dan dibangunkan sejak pemerintahan Uthmaniyyah telah terpaksa dirobohkan bagi merealisasikan projek ini dan bagi menampung para jemaah yang mengunjungi Kaabah. Kompleks hotel yang mengandungi 3,000 bilik dan pangsapuri dapat membantu menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi lebih lima juta jemaah haji setiap tahun.

Menara utama dan tertinggi di kompleks ini turut mengandungi Hotel tujuh bintang, Muzium Islam dan Balai Cerap Astronomi untuk tujuan saintifik dan juga kegunaan untuk melihat anak bulan pada bulan-bulan mulia.

Rekod Dunia

Bangunan ‘Abraj Al-Bait Towers’ yang merupakan mercu tanda terbaru turut memegang dan memecahkan beberapa rekod dalam dunia pembinaan, termasuk:


  • Menara jam tertinggi di dunia
  • Enjin Jam terbesar pernah dibina
  • Paparan muka jam terbesar di dunia
  • Binaan bulan sabit terbesar di dunia
  • Hotel tertinggi dan terbesar di dunia
  • Ruangan bangunan bertingkat terbesar di dunia
  • Kawasan tingkat bawah bangunan terbesar di dunia
  • Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas ‘Khalifa Dubai Burj’
  • Kompleks bangunan paling suci dan masjid terbesar di dunia 


sumber dari: waazin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment